Jumaat, 4 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


MB kecewa sikap pengunjung hutan lipur

Posted:

MB kecewa sikap pengunjung hutan lipur

MB kecewa sikap pengunjung hutan lipur

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusan N9@utusan.com.my

SEREMBAN 3 Mac – Jika anda seorang yang cintakan kebersihan dan alam sekitar, pastinya perbuatan membuang sampah dan mengotorkan kawasan hutan lipur akan dihalang sepenuhnya.

Tetapi malangnya, tidak ramai bersikap seperti anda kerana ada masyarakat di negara ini terlalu angkuh kononnya sampah ditinggalkan itu ada pihak yang akan membersihkannya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu akhirnya menyebabkan hutan lipur yang cantik itu bertukar menjadi medan sampah bertaburan, bukan sahaja di celah pohon pokok tetapi juga mengalir dalam sungai yang terdapat di situ.

Inilah senario di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah yang kini menjadi mangsa sikap manusia tidak faham erti kebersihan, cintakan alam sekitar dan pengotor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengulas perkembangan itu berkata, sikap pengunjung yang pengotor ini amat mengecewakan.

''Mereka membawa makanan sendiri, mengalas tempat duduk dengan kertas surat khabar dan selepas itu meninggalkan segala kotoran. Lebih malang, ada yang membuang ke dalam sungai.

''Orang macam ini, tidak suka lihat alam ini bersih dan apa yang mereka tahu ialah mengotorkannya dan pentingkan diri sendiri," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditanya berhubung keadaan di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah yang kotor biarpun penyeliaan kerap dilakukan agensi kerajaan.

''Kita memang tidak boleh kawal sepanjang tempoh 24 jam kerana ia kawasan terbuka. Pengunjung pula tidak tentu kerana ada yang datang pada waktu pagi, petang dan malam," katanya.

Tegas beliau, selagi pengunjung mempunyai anggapan yang sampah mereka akan dikutip oleh pihak berkuasa, selagi itulah mereka akan terus mengotorkan kawasan hutan lipur ini.

''Ini bukan sahaja di Ulu Bendul, di tempat lain juga begitu seperti di Taman Tasik Seremban dan di pantai Port Dickson. Kadangkala, bungkusan nasi lemak pun ada dalam laut," tambahnya.

Apa pun katanya, kerajaan melalui agensi berkaitan akan terus melakukan pembersihan di kawasan tumpuan pelancong ini.

''Di Ulu Bendul ini, kerajaan telah meletakkan tugas mengawal selia kawasan itu kepada Lembaga Pelancongan negeri dan agensi ini akan diperkemaskan supaya semua ikon pelancongan di negeri ini dapat diurus dengan baik.

''Kikis sikap pengotor ini dan jagalah bumi kita dengan baik," kata Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

40 juru rujuk adat sertai Bengkel Tanah Adat Perpatih

Posted:

40 juru rujuk adat sertai Bengkel Tanah Adat Perpatih

40 juru rujuk adat sertai Bengkel Tanah Adat Perpatih

SEREMBAN 3 Mac - Seramai 40 juru rujuk adat terdiri daripada Dato'-Dato' Lembaga Adat berkumpul menyertai Bengkel Tanah Adat Perpatih anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, baru-baru ini.

Pengarahnya, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, objektif utama bengkel itu bagi membincang serta mencari jalan penyelesaian bagaimana tanah adat di negeri ini dapat ditadbir dengan baik tanpa mengetepikan kumpulan terbabit sebagai rujukan utama.

Menurutnya, bengkel sehari itu juga membolehkan peserta serta penceramah mengenal pasti undang-undang serta enakmen sedia ada untuk dikaji semula selain diperhalusi agar bersesuaian dengan peredaran masa.

''Ini bagi memastikan tanah adat ini dapat dimanipulasi sepenuhnya oleh waris yang berhak dengan memberi bantuan daripada segala aspek agar tanah berkenaan tidak terbiar tanpa diusahakan.

''Bengkel ini juga lanjutan perbincangan antara pegawai tanah agar satu formula atau peraturan baru dapat diwujudkan demi menyelesaikan situasi tanah adat tidak dapat diusahakan.

"Ia berpunca daripada masalah waris, kewangan dan tanah tiada pemilik disebabkan kematian," katanya dalam laman web rasmi LMNS.

Tambah beliau, pada bengkel tersebut beberapa penceramah turut dijemput bagi membentangkan kertas kerja dan cadangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Jelas Shamsuddin, antara cadangan dan idea yang dilontarkan ialah seperti usaha mewujudkan satu syarikat atau koperasi yang boleh mentadbir tanah berkenaan.

''Cadangan bernas ini juga dilihat mampu mendatangkan keuntungan kepada masyarakat dan pewaris tanah itu sendiri daripada ia terus terbiar.

''Mereka juga bersetuju untuk mengkaji semula peraturan serta enakmen supaya tiada lagi masalah perundangan menjadi kekangan dalam usaha memajukan tanah adat ini," katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, Dato'-Dato' Lembaga juga harus menjalin kerjasama dengan a pihak pentadbir negeri sebagai usaha mencari jalan untuk memajukan tanah tanpa campur tangan pihak luar.

''Ini secara tidak langsung akan membolehkan tanah-tanah adat yang bertaburan di negeri ini disatukan menjadi sebuah kawasan strategik untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian serta pembangunan," ujarnya.

Majlis penutupan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan

Posted:

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan


Mohd. Ali Rustam menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di Masjid Merlimau Pasir, Melaka, kelmarin.


JASIN 3 Mac - Masyarakat kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini menerima bantuan makanan sumbangan sebuah syarikat swasta bagi membantu meringankan beban mereka.

Bantuan merangkumi beras, gula, minyak masak dan pelbagai lagi barangan keperluan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Masjid Merlimau Pasir di sini semalam.

Seramai 150 fakir miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan duda di kawasan DUN itu menerima bantuan tersebut pada majlis berkenaan.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad.

Salah seorang penerima, Merak Umar, 80, melahirkan perasaan gembira dengan bantuan makanan asas yang diterimanya.

"Dengan barangan makanan beras, minyak masak, gula dan keropok ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban harian," katanya ketika ditemui.

Seorang penerima orang kurang upaya (OKU), Mohd. Kaus Mohd. Rasul berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan dan syarikat swasta kerana sudi menyampaikan bantuan itu yang dapat meringankan bebannya.

"Ini menunjukkan sikap pimpinan kerajaan sedia ada membuktikan mereka dapat menyelami perasaan dan kehidupan setiap rakyat yang dalam kesusahan," katanya yang berasal dari Kampung Solok Teluk.

Perasaan sama dikongsi ibu tunggal, Sakayah Ahmad, 53, dari Taman Perawan.

"Kami amat gembira, dalam kesibukan Ketua Menteri dan calon BN berkempen untuk pilihan raya, mereka masih sempat meluangkan masa untuk turun padang bertemu kami dan berikan bantuan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan