Rabu, 9 Mac 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Datuk Seri tertipu

Posted: 08 Mar 2011 05:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bukan saja kerugian RM20,000, malah nyaris maut akibat terlalu percayakan kehebatan bomoh yang mendakwa boleh berinteraksi dengan makhluk halus, sekali gus mampu menyembuhkan penyakit batu karang kronik dialaminya.

Mahu dikenali sebagai Rosman, lelaki itu berkata, disebabkan percaya kepada bomoh terbabit dia mengambil risiko menangguhkan pembedahan membuang batu karang hanya dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu dijadualkan.

"Saya mengikut bomoh itu ke Sabah untuk berubat cara istimewa dengan menggunakan makhluk halus. Namun, selepas membelanjakan ribuan ringgit, penyakit saya tidak sembuh.

"Malah, sekembalinya dari Sabah saya rebah ketika berada di rumah kerana penyakit yang disangka sudah baik itu berada di tahap kritikal.


"Mujur isteri cepat bertindak dengan membawa ke hospital, jika tidak mungkin ajal saya sudah sampai," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.


Rosman berkata, keputusannya menghubungi bomoh temberang itu dibuat selepas ternampak iklan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke hospital untuk membuat persiapan masuk ke wad pembedahan.

Sebelum itu, dia menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Ampang dan doktor mengarahkannya menjalani pembedahan segera berikutan penyakit batu karangnya mencapai tahap kritikal.

"Sebaik dihubungi, bomoh itu meyakinkan saya rawatannya mengambil masa singkat, malah tidak perlu menanggung kesakitan kerana pembedahan dijalankan secara batin dan dilakukan makhluk halus," katanya.

Menurut Rosman, dia bersama keluarga pergi ke Kota Kinabalu dan sejurus tiba, dia dibawa berjumpa seorang wanita berusia 90 tahun bagi memulakan sesi rawatan.

Selepas perutnya diperiksa, wanita terbabit mengeluarkan 13 batu berwarna kehitaman yang didakwa batu karang.

"Selepas batu karang dikeluarkan, wanita itu memberitahu penyakit saya sembuh sepenuhnya. Bagi menghilangkan curiga, saya membuat pemeriksaan susulan di sebuah pusat perubatan swasta dan terkejut apabila doktor memaklumkan, batu karang sudah tiada.

"Saya gembira kerana menyangka sudah sembuh, tapi sebulan kemudian saya pengsan dan hampir mati. Mujur tindakan pantas doktor mengeluarkan batu karang melalui pembedahan menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Sehubungan itu, Rosman berharap kejadian menimpanya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan rawatan bomoh, terutama yang mendakwa menggunakan makhluk halus dan mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang berpura-pura menjadi pesakit menemui bomoh terbabit dan dia mengesahkan mengenakan caj RM19,000 hingga RM50,000 kepada pesakitnya.

Malah, bomoh berusia 40-an itu juga mendakwa memiliki 16 kereta mewah dan beberapa banglo di Lembah Klang serta Sabah.

Lebih melucukan apabila dia menjelaskan bayaran dikenakan munasabah kerana dia perlu menghantar makhluk halus miliknya ke Lautan Atlantik untuk mengambil air mata duyung dan mengembara ke hutan tebal bagi mencari penawar mujarab mengubati penyakit.

"Saya perlu menjaga hati makhluk halus yang berdamping dengan saya sejak kecil kerana ia mampu merawat pelbagai penyakit dalam lima saat dan segala derita pesakit selama bertahun-tahun akan sembuh.

"Pesakit boleh melihat makhluk halus ini dengan izin saya apabila ia memasuki badan saya untuk melakukan proses rawatan," katanya yang mendakwa mampu merawat pelbagai penyakit termasuk santau, buatan orang dan batu karang.

Bomoh itu mendakwa, makhluk halus belaannya akan memantau setiap pesakit dari mula proses rawatan hingga selesai, malah pesakit akan dijaga selama mana diinginkan.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Hari tu pegi minum air pokok.....nihh datukk plak g jumpa bomoh....susah lah nak buang kepercayaan Kolot dan Tahyul daripada Masyarakat.....Malaysia takkan maju sekiranya pemikiran Masyarakat tidak maju-maju....

AZIZI BIN MOHD ARIFIN

Jadikan pengajaran dengan kesah ini. Pembomohan adalah termasuk dalam amalan khurafat dan perlu hati-hati dalam hal ini.

Hj shari

biasalah org zaman skang ni memang suka menipu utk hidup..so jgn mudah percayakan org..

ahmad badrul

mengarut jerk bomoh niii...

ctty's

Yg baik dijadikan tauladan,yg buruk dijadikan sempadan...syukur alhamdullillah Allah masih memanjangkan umur Datuk Seri,oleh yg demikian tingkatkanlah amalan kita kpd Allah yg Maha Pencipta serta jauhkan diri kita dr perkara yg menyesatkan akidah & iman kita...sy hanya mengingati utk diri sendiri & semua umat islam yg lain..insyaallah.

ZAZAWATI BINTI MOHD ISA

manusia sekrg leh wat apa saja tuk dpt kan duit..segala penyakit ada ubt nya kecuali mati..rujuk pada al quran bukan pada mahluk halus..yg kita sendiri x tahu kesahihan nya..
takut jd kuraft kan dah bdosa besar..

MOHAMAD RIDWAN

Jgn percayakan bomoh semata-mata...

B

mengarulah tul ler bomoh ni siap org gaji dia nk gi mengembara lg tu dasyat2,,,,kelentong tahap yg ke berapa lg tu.....

linda

rasa nk trgelak,ada jgk org blh percaya benda2 mcn ni.x masuk akal langsung..entahle,bila trlalu pandai plk jd mcn ni..baik yg x brapa pandai ini tau nk menilainya..wallahualam..

rahimah

hahahah..tak sgka dalam dunia y serba moden ni masih ada lagi y prcayakan bnda tahyul..ALLAH kn ada knapa nak trust bnda lain?? bomoh??? ha3..nmpak sgt kuno! teknologi ada mnfaatkan jer la..

marsha

macam-2 cara orang nak tipu sekarang.....kepada bomoh tersebut, insaf lah.. kembali lah ke pangkal jalan. Dan kepada yang kene tipu pula, beringatlah dan jadi lah sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan lagi..

fafa wa

Alhamdulillah....inila orang melayu melaysia.. bila terkena barula persalahkan orang... padahal dia sendiri meminta tolong untuk berubat..mungkin ini la sifat org kita. sukar untuk berubah. nak kaya cepat2 cari jalan singkat macam mana nak kaya cepat.nak sihat cepat? macam2 cara ubat kena cari sampai nak taubat pun hampir2 tak ingat.....nasip la tuhan bagi kesempatan nak taubat. ingat2 la jangan suka menyalahkan org lain kerana kelemahan itu datangnya dari kita sendiri...

roy@ azroy

Ini la budaya orang melayu...percaya sgt dgn benda2 karut....berpangkat Datuk Seri pun boleh tertipu..?? Sungguh memalukan...

Bonny Basir

jgn percaya sangat perkara tahyul. merugikan wang ringgit dan nyawa.

ju

hahaha....ini macam pun ade....apasal tak hantar ke chow kit carik ubat je/??

roger

a'kum....kanapa sampai boleh jadi mcm tu...minta maaf Datuk Seri andai apa yang saya coretkan disini mengguris hati..kalau difikirkan antara Doktor & Bomoh...mana yang lebih kita yakin?...itu untuk penyakit yang mmg tak ada bomoh boley buat...mmg kena pergi hospital....anggaplah itu balasan kerana menyekutukan Allah...percaya dengan kehebatan Bomoh sampai membuatkan Datuk Seri terlupa hukum hakam..saya bukan orang yang tinggi agama...tapi masih lagi tau apa hukumnya kita percaya dengan perkara2 syirik..andainya diganggu Jin..kita sebagai orang Islam ada rawatan secara Islam..kita ada rawatan Darul Syifa'..dan saya pernah melihat bagaimana perjalanan perubatan secara islam..alhamdulillah..tapi kalau sakit yang macam Batu Karang, Saluran Tersumbat, ByPass..eloklah pergi jumpa Doktor ja...buat apa nak membazir kepada perkara yang Syirik...maafkan saya..pesanan untk diri sendiri dan semua...

heikal

BAGI YANG BERAGAMA ISLAM,JGN PERCAYA APE2 PUN SELAIN ALLAH..
NASIHAT UNTUK UMUM,JADIKAN CERITA YANG KITA SELALU DENGAR,JADIKAN PENGAJARAN..
JGN MUDAH TERPEDAYA KEPADA SESUATU YANG TIDAK PASTI..

iejad

Di sini saya ingin menasihatkan lebih baik kita mohon pertolongan dari Allah dari kta mohon pertolongan dari makhluk halus dan bantuan bomoh yang tiada pegangan agama. Zaman sekarang kita sudah ada teknologi perubatan yang moden dan cangih....sambil kita dapat rawatan dari hopital kta perlulah banyak-banyak berdoa kepada Allah yang maha agung dan pemurah. sekian terima kasih..

muhamadisa

kadang2 kita sbgai mnusia lupa penyakit adalah penghapus dosa..allah mnyuruh kita berubat utk mhilangkn skit dialami tp kerana kkyaan kta,kta sggup brubt dgn ilmu yg slh..

azean ermarwaty

jgn mudah percaya pada seseorang malahan pula ilmu perubatan yg katanya menggunakan makhluk halus...bnyk ayat2 suci Al-Quran yg boleh di amalkan...

farah azlin

setiap penyakit datangnya dari Allah,maka seharusnya kita memohon dan bertawakal kepadaNya bukannya bertindak dengan berjumpa bomoh dengan membelakangkanNya.

Noorhayati binti mustafa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Doakan terbaik buat saya'

Posted: 08 Mar 2011 10:43 AM PST

SHAH ALAM: "Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga," kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.

Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

"Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu," katanya.


Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.


Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.

Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

"Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi," katanya.

Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai.

Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.

Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.

Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.

Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan