Rabu, 9 Mac 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Angkara gajah

Posted: 08 Mar 2011 05:41 PM PST

Wilayah

ROJALI (depan) bersama penduduk kampung menunjukkan menunjukkan pokok pisang yang dirosakkan gajah liar di Kampung Padang Ragut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

ROJALI (depan) bersama penduduk kampung menunjukkan menunjukkan pokok pisang yang dirosakkan gajah liar di Kampung Padang Ragut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Penduduk dekat Tanjung Sedili bimbang ancaman haiwan liar

KOTA TINGGI: Pencerobohan gajah liar mencari makan sekitar tiga kampung dekat Tanjung Sedili sejak awal tahun ini, bukan saja merosakkan tanaman dan kebun, malah mengancam keselamatan penduduk.

Antara kawasan yang dimasuki haiwan itu termasuk sekitar Kampung Padang Ragut, Kampung Singapura dan Kampung Tuan Sheh dekat Tanjung Sedili di sini. Penduduk mendakwa, awal tahun ini sepasang gajah dewasa dan dua anaknya berkeliaran dan berlindung di kawasan hutan Kampung Belukar Durian dan Lok Heng, manakala yang terbaru pada Jumaat lalu membabitkan seekor gajah yang dipercayai datang dari hutan Kambau di sini.

Penduduk, Rojali Doladi, 53, berkata mereka mula bimbang kerana kumpulan gajah liar itu mula memasuki kawasan kampung untuk mencari makan sejak Jumaat lalu.

Katanya, gajah itu berkeliaran mencari makan waktu malam dengan memakan umbut pokok kelapa dan kelapa sawit serta rumpun pisang yang banyak ditanam penduduk di sini.

"Sasaran utama gajah ini ialah pokok pisang dan anak kelapa sawit yang baru ditanam serta di kawasan perkampungan yang ada banyak pokok kelapa dan sumber air seperti parit.
"Banyak tanaman dirosakkan dan dimusnahkan haiwan liar ini hingga menjejaskan mata pencarian dan menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk, " katanya yang ditemui di sini.

Ketua Kampung Semayong, Shikh Kassim Islam, 61, berkata kumpulan gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk kampung itu biasanya berkeliaran mulai tengah malam hingga awal pagi.

Katanya, sejak dua bulan lalu, kebun sawit miliknya sudah dua kali diceroboh gajah termasuk yang terbaru tiga hari lalu yang menyebabkan hampir 40 pokok sawit musnah.

"Setakat ini, hanya tanaman seperti sawit dan pisang menjadi sasaran gajah itu. Kebimbangan kami ialah kalau gajah liar terbabit menyerang rumah penduduk tanpa menghiraukan penghuninya yang sedang tidur pada waktu malam, " katanya.

Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ibrahim Yahya, 58, berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat membuat pemantauan selain membantu menghalau atau memindahkan segera haiwan itu ke Taman Negara sebelum lebih banyak tanaman milik penduduk musnah.

"Kami faham kawasan habitat asal gajah ini mungkin kekurangan makanan akibat pembangunan menyebabkan ia mula bergerak keluar dan memasuki kawasan kebun penduduk.

"Namun, pihak berkuasa perlu mengambil langkah menangani pencerobohan gajah ke kawasan kebun milik penduduk ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Dalam satu kejadian pada 6 Oktober tahun lalu, seorang pemandu treler Muhammad Ibrahim, 53, cedera selepas kenderaan yang dipandunya merempuh seekor gajah yang melintas jalan berhampiran kubu peninggalan Perang Dunia Kedua di Kilometer 62.2 Jalan Johor Bahru-Mersing.

Gajah yang dipercayai cedera dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditemui mati dalam kebun sawit dekat Mawai, kira-kira seminggu kemudian.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TABIKA tak siap

Posted: 08 Mar 2011 02:38 PM PST

Wilayah

MURID  tabika kemas Blanja Kiri mengharapkan agar bangunan  baru  dapat digunakan secepat mungkin untuk keselesaan belajar.

MURID tabika kemas Blanja Kiri mengharapkan agar bangunan baru dapat digunakan secepat mungkin untuk keselesaan belajar.

KEMAS Blanja Kiri tumpang bilik mesyuarat JKKK

PARIT: Kira-kira 30 murid TABIKA KEMAS Blanja Kiri, dekat sini mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk belajar di bangunan baru yang lebih selesa apabila kemudahan itu yang sepatutnya siap Disember lalu, gagal disiapkan oleh pemaju.

Berikutan itu, murid terpaksa menumpang bilik mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu bagi mengikuti sesi pembelajaran harian mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa belajar dalam suasana tidak selesa berikutan bilik mesyuarat berkenaan yang sempit dan tidak sesuai untuk dijadikan kelas.

Ketua Kampung Blanja Kiri, Samsudin Sarji, berkata bangunan baru itu sepatutnya siap selepas tiga bulan dibina bermula Jun lalu, namun projek itu hanya siap 60 peratus sebelum ia terbengkalai sehingga kini.

Katanya, mengikut perancangan, murid tabika terbabit sepatutnya sudah menggunakan bangunan baru itu tetapi disebabkan belum siap, mereka terpaksa terus menumpang bilik mesyuarat JKKK.

"Masih banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bangunan baru itu boleh digunakan berikutan lantai, dinding dan persekitaran luar yang tidak sempurna," katanya ketika ditemui di sini.
Samsudin berkata, selain tidak selesa, ruang yang sempit juga menyebabkan aktiviti murid agak terhad kerana terpaksa berhimpit antara satu sama lain.

"Suasana kurang selesa ini menyebabkan murid menjadi kurang aktif dan tidak seronok untuk belajar. Selain itu, ruang memasak juga tidak sesuai dijadikan tempat memasak," katanya sambil mengharapkan supaya bangunan baru itu dapat disiapkan segera demi keselesaan murid untuk belajar.

Seorang ibu, Norhafizah Nordin, 27, berkata dia kecewa dengan pihak yang gagal menyiapkan bangunan itu seperti ditetapkan.

Katanya, murid selalu bertanya kepada ibu bapa bila bangunan itu akan siap kerana mereka kurang selesa belajar di kelas yang sempit.

"Saya kasihan melihat murid terbabit kerana terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan