Rabu, 9 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Skim Rumah Pertamaku dilancar

Posted:

Skim Rumah Pertamaku dilancar

Skim Rumah Pertamaku dilancar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama


KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM umum sembilan lagi projek di bawah NKEA

Posted:

PM umum sembilan lagi projek di bawah NKEA

PM umum sembilan lagi projek di bawah NKEA



KUALA LUMPUR 8 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan lagi projek baru di bawah Projek Permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), iaitu tambahan kepada 14 projek yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sembilan projek terbaru itu bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion serta menjana RM11.71 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020.

"Projek-projek itu merangkumi beberapa bidang pelaburan di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu pelancongan, perubatan, pertanian, kelapa sawit dan getah, elektrikal dan elektronik serta minyak, gas dan tenaga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan perkembangan terkini fasa keempat projek ETP di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala.

Najib berkata, secara keseluruhan, kesemua 23 projek ETP yang diumumkan itu dijangka menjana pelaburan RM14.75 bilion, menyumbang sebanyak RM20.1 bilion kepada GNI serta mencipta 88,354 pekerjaan tambahan.

Katanya, antara projek itu adalah meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor, memajukan sistem pengairan, meningkatkan pengeluaran padi dan menambahkan pendapatan petani, penanaman beras wangi dan projek-projek penjagaan kesihatan.

Projek lain termasuk nilai tambah huluan produk kelapa sawit serta kawasan tenaga diperbaharui di Nilai, termasuk kemudahan tenaga solar dan biogas.

"Projek-projek ini merupakan bukti yang ETP kekal pada tahap yang tinggi.

"Apa yang lebih penting ia mempunyai kesan pemangkin ketara terharap ekonomi sebagaimana yang dilihat daripada komitmen pelaburan daripada EPP dan projek-projek asas selain kenaikan yang dijangka dalam pendapatan sebenar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dakwaan pembangkang berhubung FDI merudum meleset

Posted:

Dakwaan pembangkang berhubung FDI merudum meleset

Dakwaan pembangkang berhubung FDI merudum meleset

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pelaburan langsung asing (FDI) negara menunjukkan aliran masuk AS$9 bilion (RM27 bilion) bagi tahun lalu berbanding AS$1.4 bilion (RM4.2 bilion) pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 535.7 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia membuktikan dakwaan pembangkang bahawa pelabur asing tidak berminat melabur di Malaysia adalah meleset.

Menurutnya, jumlah yang dilabur oleh syarikat asing di negara ini pada tahun lalu menunjukkan keyakinan mereka dan juga rakyat semakin meningkat.

''Angka ini adalah lebih tinggi daripada yang diunjurkan oleh Global Investment Trends Monitor yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

''Mengikut UNCTAD, negara-negara lain di Asia Tenggara dan Asia Timur telah mencatatkan peningkatan peratusan FDI yang lebih rendah, seperti Indonesia dengan kenaikan peratusan FDI sebanyak 162.7 peratus, Singapura (122.7 peratus), Thailand (14.2 peratus) dan China (6.3 peratus). India pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 31.5 peratus.

''Sentimen keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini juga dibuktikan dengan projek-projek yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada tahun lalu, MIDA meluluskan sebanyak 910 projek dalam sektor perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM47.2 bilion berbanding 766 projek dengan pelaburan bernilai RM32.6 bilion pada 2009," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR- Selayang) mengenai FDI masuk dan keluar pada 2010 dan daya saing Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur untuk menarik FDI masuk.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, syarikat-syarikat tempatan juga melabur di luar negara terutamanya dalam sektor minyak dan gas, infrastruktur, kewangan serta telekomunikasi.

Pada tahun lalu, jelasnya, pelaburan syarikat tempatan di luar negara adalah sebanyak RM42.6 bilion dan perkembangan itu mencerminkan daya saing serta keupayaan mereka untuk menjadi peserta di peringkat antarabangsa.

''Bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing, pelbagai langkah proaktif bagi merancakkan kemasukan FDI telah dilaksanakan termasuk memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi sistem pemantauan pertumbuhan ekonomi yang kukuh," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyatakan kejayaan ekonomi dan FDI negeri itu adalah hasil usaha mereka, Mustapa berkata, ia merupakan dakwaan berunsur fitnah dan tidak tepat.

''Baru tiga tahun memerintah, mereka kredit (kata) macam-macam. Ini amat tidak tepat. Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) kata dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor lebih banyak (maju) berbanding negeri lain. Itu fitnah.

''Di Pulau Pinang dan Selangor segala infrastruktur yang dibangunkan sehingga menjadikan negeri berkenaan berdaya maju adalah hasil perjuangan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kita yang lalu. Saya harap rakyat faham perkara ini," tegas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan