Selasa, 15 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


450 pelajar kita tersepit

Posted: 14 Mar 2011 02:25 PM PDT

Nasional

Situasi di Yaman makin parah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 450 pelajar Malaysia yang menuntut di Yaman semakin tersepit selepas menghadapi kesukaran mengeluarkan wang untuk membeli makanan ketika tahap keselamatan semakin buruk ekoran peningkatan kes pertempuran antara tentera dengan pembangkang yang kini mengorbankan lebih 30 nyawa.

Berikutan keadaan itu, seramai 47 pelajar, termasuk yang sudah berkeluarga diminta mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke kediaman berhampiran pejabat Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Yaman (PERMAYA) berhampiran Universiti Iman, di Sana'a. Presiden PERMAYA, Mohd Iqbal Abu Yaziz, berkata keadaan semakin sukar kerana pertempuran berlaku hampir setiap hari.

"Setakat ini, belum ada laporan pelajar Malaysia diancam kumpulan pembangkang, walaupun kebanyakan penduduk di Sana'a bebas memiliki senjata api.

"Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan wang untuk membeli makanan dan barang keperluan kerana gangguan sistem mesin juruwang automatik (ATM)," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Iqbal berkata, selepas pembangkang menguasai lebih banyak kawasan di pusat bandar, keadaan semakin buruk apabila melihat penduduk bebas membawa senjata api ketika menyertai demonstrasi.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Yaman, Abdul Samad Othman, berkata pihaknya kini hanya menunggu lampu hijau kerajaan untuk membawa keluar pulang rakyat Malaysia.

Berita Harian difahamkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun mengerahkan krew pesawat Hercules C130 bersiap sedia untuk ditugaskan membawa keluar rakyat Malaysia yang kini berada di Yaman.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seri Paduka lancar buku Tiang Seri Negara

Posted: 14 Mar 2011 02:25 PM PDT

Nasional

SERI Paduka menerima buku  Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.

SERI Paduka menerima buku Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berkenan melancarkan buku Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 di Kelab Taman Tasik Perdana Diraja di sini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Laxamana Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan kerabat diraja.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Panel Penasihat penerbitan buku itu, Tengku Razaleigh Hamzah serta Tan Sri Dr Arshad Ayub. Buku itu yang ditulis Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd, Datin Azizah Mokhzani, memaparkan sejarah kewujudan institusi diraja serta peranan dan bidang kuasa yang ada pada Seri Paduka sebagai Ketua Negara.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya dibacakan Saifuddin berkata, penerbitan buku itu dapat membuka mata dunia bahawa Malaysia memberi sumbangan unggul dan unik kepada corak dan amalan demokrasi yang mana Yang di-Pertuan Agong dilantik mengikut pemilihan dan kaedah penggiliran dan bukan semata-mata kerana keturunan.

"Justeru, sistem pentadbiran di negara ini adalah begitu demokratik sekali," katanya.

Najib berkata, buku itu wajar menjadi koleksi setiap agensi kerajaan dan swasta serta badan korporat agar dapat diakses warga kerja.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan