Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Mar 2011 12:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di kawasan Pasar Seni, di sini, menyebabkan pengunjung semakin resah terutama wanita. Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati hampir 80 peratus pengunjung di pusat beli-belah itu warga asing terutama dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang kebanyakannya menetap dan bekerja di negara ini.
Katanya, disebabkan warga asing yang mendominasi kawasan ini, Pasar Seni tidak langsung menggambarkan sebagai warisan seni Malaysia.
Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Hadri Zainal, 25, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanjiran warga asing di Pasar Seni.
"Mungkin dengan kebanjiran warga asing ini, punca tempat ini kotor. Saya sudah pergi banyak tempat warisan seni dan saya rasa untuk kekalkan tarikan pelancong, orang tempatan perlu menjaga kawasan ini," katanya.
|
Lega cadangan naik taraf Jalan Maarof Posted: 13 Mar 2011 11:10 AM PDT KUALA LUMPUR: "Lebih cepat lebih bagus dan saya harap dengan menaik taraf jalan di sini akan memudahkan urusan orang ramai terutama penduduk yang sering mengeluh mengenai kesesakan jalan akibat trafik tersekat-sekat," kata Siti Ummie Hafizah Ibrahim, 27, yang menggunakan Jalan Maarof, di sini. Dia mengulas mengenai pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjanjikan tempoh enam bulan untuk menaik taraf kawasan berkenaan yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Namun, kesesakan teruk memaksa saya meminta bantuan rakan untuk menghantar serta menjemput saya," katanya.
"Pengguna meletakkan kenderaan mereka sesuka hati kerana tempat letak kereta tidak mencukupi akibatnya jalan sesak sehingga ke laluan Jalan Maarof," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan