Ahad, 13 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


2 lagi pelatih inspektor wanita dimasukkan ke HKL

Posted: 13 Mar 2011 01:42 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dua pelatih inspektor wanita dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini selepas dipercayai mengalami jangkitan virus 'Adenovirus', menjadikan jumlah pelatih dan kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di hospital itu kini 31 orang.

Komandan Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata daripada jumlah itu dua pelatih lelaki ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan 10 pelatih inspektor wanita. Selebihnya tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol," katanya kepada Bernama menerusi SMS di sini, hari ini. Beliau berkata jumlah pengasingan berkurangan kepada 583 orang iaitu 234 pelatih inspektor wanita, 251 pelatih inspektor lelaki, 90 pelatih konstabel lelaki dan lapan kakitangan.

Virus itu, yang dikesan pada 4 Mac lalu, menyebabkan seorang pelatih di institut itu Mohd Azizan Azizi, 21, dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia di HKL Selasa lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik kenderaan tak puas hati dengan saman boleh mengadu

Posted: 13 Mar 2011 01:26 AM PST

Mutakhir

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.
"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno Bahagian Sembrong, di Felda Kahang Barat, di sini hari ini, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau berterima kasih kepada pemilik kenderaan yang telah menjelaskan bayaran saman mereka. Beliau juga menyatakan puas hati dengan tempoh lanjutan bayaran saman dengan diskaun. Dalam pada itu, Hishammudin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bagi menyelaras sistem kutipan bayaran saman trafik. Beliau berkata sudah tiba masanya untuk agensi berkenaan mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan koordinasi penguatkuasaan yang lebih baik. Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri perbincangan berkaitan keselamatan serantau.
Katanya, perbincangan sehari itu atas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Nayef bin Abdulaziz Al-Saud.
"Kita hendak lihat isu keselamatan serantau, perjuangan Islam dan ummah dalam konteks landskap yang berubah.
"Semua ini adalah fenomena yang kalau tidak dibincangkan secara dua hala, kita bimbang bahawa anggapan dan pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," katanya. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan