Utusan Online - Timur |
- RM1.5 juta bina benteng
- Pembangunan sukan peringkat daerah perlu diteruskan
- Skim Rumah Pertamaku dialu-alukan
Posted: RM1.5 juta bina bentengOleh SAPEE MAT JUNUS DUNGUN 12 Mac – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi membina benteng penahan ombak sementara di Pantai Teluk Lipat, Dungun untuk mengelakkan pantai terbabit terus lenyap ditelan hakisan teruk. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju membina tiga lagi benteng berkenaan sebagai tambahan kepada dua benteng yang siap dibina sebelum ini dan ia menelan kos RM500,000 setiap satu. Katanya, sebahagian besar pantai terbabit kini semakin teruk ditelan hakisan dan pembinaan benteng penahan ombak itu adalah sebagai langkah sementara memandangkan kos untuk membina benteng pemecah ombak kekal adalah kira-kira RM150 juta. "Langkah berkenaan adalah bagi menangani segera hakisan yang berlaku sementara menunggu permohonan yang dibuat kepada Kerajaan Pusat bagi membina benteng pemecah ombak kekal dengan kos kira-kira RM150 juta," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan ke kawasan Peranginan Pantai Teluk Lipat dalam Program Lawatan Sehari Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, di sini hari ini. Ahmad berkata, pembinaan benteng penahan ombak itu akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk disegerakan pembinaannya dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat bagi menyelamatkan kawasan pantai tersebut. Dalam perkembangan lain, ketika merasmikan Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun, Ahmad menyelar segelintir kakitangan kerajaan negeri yang menjadi 'duri dalam daging' dan tidak pernah berterima kasih serta bersyukur di atas apa yang dilakukan kerajaan. Katanya, kakitangan kerajaan terbabit sepatutnya perlu berusaha keras membantu kerajaan melaksanakan semua agenda pembangunan yang dirancang dan bukannya bertindak 'menikam' kerajaan dari belakang dan menghasut rakyat. "Sepatutnya mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi membantu rakyat menyelesaikan setiap masalah yang ada sekali dapat menguatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya. Ahmad juga berkata, terdapat segelintir kakitangan kerajaan bertindak mensabotaj agenda pembangunan yang dirancang kerajaan dan sekiranya mereka ini tidak berpuas hati serta menjadi 'gunting dalam lipatan', mereka perlu meletak jawatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pembangunan sukan peringkat daerah perlu diteruskan Posted: Pembangunan sukan peringkat daerah perlu diteruskan
BACHOK 12 Mac - Pembangunan sukan khususnya bola sepak di peringkat daerah perlu diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan paling diminati ramai itu. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, usaha itu boleh dilakukan dengan menganjurkan klinik bola sepak, menubuhkan kelab dan liga di peringkat daerah. Beliau berkata, usaha itu dapat melahirkan pemain-pemain pelapis buat mengisi skuad negeri pada masa hadapan. Katanya, ketika ini usaha tersebut telah banyak digerakkan oleh pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan Pusat terutama di peringkat sekolah. "Malah, penubuhan kelab bola sepak setempat dalam pertubuhan belia di semua daerah turut membanggakan. "Saya yakin masalah kewangan untuk menganjurkan pertandingan bola sepak di pelbagai peringkat bukan persoalan utama," katanya selepas merasmikan Kejohanan Futsal Briged Muda Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) daerah Bachok, di sini semalam. Awang Adek yang juga Ketua UMNO bahagian berkata, pihaknya sedia membantu mana-mana pihak yang berminat membangunkan sukan bola sepak di daerah ini. Ini kerana, katanya, kemenangan Kelantan menjuarai Piala Malaysia dan beberapa kejohanan lain sebelum ini telah memberi semangat kepada golongan remaja serta belia tempatan untuk terlibat secara lebih aktif dalam sukan berkenaan. "Semangat ini boleh dimanfaatkan untuk melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi. Mereka perlu digilap dan dilatih, jangan jadikan soal kewangan membataskan program sukan di daerah ini," katanya. Awang Adek bagaimanapun berkata, ketika ini pembangunan sukan di peringkat daerah tidak begitu dipedulikan oleh kerajaan Pas Kelantan apabila gagal menyediakan prasarana sukan yang diperlukan. | ||
Skim Rumah Pertamaku dialu-alukan Posted: Skim Rumah Pertamaku dialu-alukanKOTA BHARU 12 Mac - Rakyat Kelantan menyambut baik dan mengalu-alukan langkah Kerajaan Pusat mewujudkan Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda berumur 35 tahun ke bawah memiliki rumah sendiri. Rata-rata penduduk yang ditemui turut menyatakan, penubuhan skim tersebut dapat merealisasikan impian generasi muda yang berpendapatan sederhana, untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih awal. Seorang mekanik, Mohd. Firdaus Zakaria, 23, berkata, pelaksanaan skim itu membolehkannya merancang memiliki rumah sendiri lebih awal, berbanding sebelum kewujudan skim tersebut. "Skim yang diperkenalkan itu akan membolehkan kami memiliki rumah sendiri pada usia muda. Kebiasaannya rancangan memiliki rumah hanya boleh difikirkan padan usia 40-an disebabkan harga rumah semakin mahal," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini. Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, memiliki rumah sendiri berharga RM100,000 hingga RM220,000. Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah. Rumah mampu milik mempunyai keluasan 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana. Bagi pekerja swasta, Nuraizi Azyyati Azmi, 20, pelancaran skim tersebut dapat membantu golongan muda sepertinya memiliki rumah sendiri yang lebih selesa dengan cepat. "Skim ini satu kemudahan kepada orang seperti saya untuk memiliki rumah sebelum berusia lanjut. Bayangkan, untuk membeli rumah, ia memerlukan wang pendahuluan yang banyak dan skim ini sangat membantu," katanya. Pekerja hotel, Shafira Che Hashim, 27, berkata, pelaksanaan skim tersebut membantu golongan muda merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa pada usia muda. "Mempunyai rumah sendiri menjadi impian setiap orang supaya kehidupan harian lebih teratur dan dapat memberi tumpuan terhadap kerjaya. Impian itu kini mampu menjadi kenyataan dengan pengenalan Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan