Isnin, 7 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Hantar segera borang cukai melalui e-Filing: LHDN

Posted: 07 Mar 2011 03:35 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Semua pembayar cukai diseru supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi individu dan majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac.

Perkhidmatan itu boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my. LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya menjelaskan baki cukai pendapatan yang perlu dibayar selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang penyata iaitu 30 April bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekebun maut terkena peluru sesat

Posted: 07 Mar 2011 03:33 AM PST

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Seorang pekebun meninggal dunia 12 jam selepas dipercayai terkena peluru sesat ketika ke kebun untuk melihat kerbau peliharaannya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, dekat sini malam tadi.

Mamat Che Ghani, 61, yang terkena tembakan di perutnya dalam kejadian 1 malam itu, sempat menghubungi seorang anak perempuannya yang bergegas ke kebun itu dan menemuinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sebuah pondok.

Dia dibawa ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah tetapi meninggal dunia pada 10.45 pagi tadi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis telah menahan empat lelaki berumur 34 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka ditahan pada 1.45 pagi berhampiran kawasan kejadian ketika dipercayai baru pulang dari memburu.

Polis merampas selaras senapang patah dan satu kelongsong peluru daripada seorang lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan