Jumaat, 4 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pengundi diminta tidak "memperjudikan" pilihan raya kecil Kerdau

Posted: 04 Mar 2011 03:03 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan DUN Merlimau diminta tidak "memperjudikan" pilihan raya kecil sebagai medan eksperimen untuk berpihak kepada parti pembangkang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata tindakan pengundi yang cuba membuat ekperimen dengan memilih pembangkang amat berbahaya kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan kejayaannya dan prestasi mentadbir negara sejak selepas merdeka hingga sekarang.

Katanya, pengundi diharap tidak terpengaruh dengan fitnah dan pujuk rayu pembangkang termasuk meminta membuat undi protes. "Selama ini BN membuktikan perjuangannya untuk membela nasib agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu memilih kerajaan yang mempunyai kekuatan serta terbukti
banyak membantu rakyat sejak sekian lama.

"Pengundi perlu menilai gerak kerja yang dilakukan BN selama ini yang terbukti cemerlang dalam mentadbir negara dalam apa jua situasi. Jangan terpengaruh dengan pelbagai dakyah pembangkang yang hanya tahu memfitnah," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Gelombang Merah Wanita BN di Kampung Badok di sini.
Selepas itu, kira-kira 600 jentera Wanita UMNO bergerak ke rumah-rumah penduduk sekitar untuk berkempen.

Turut berangkat bersama-sama berkempen adalah Tengku Datuk Seri Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Shahrizat berkata, beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang terdesak sehingga menyamar sebagai Wanita UMNO dan bergerak ke rumah-rumah untuk
meminta undi protes.

"Mereka memakai tudung merah dan memperkenalkan diri sebagai Wanita UMNO dan meminta pengundi menolak BN ketika pilihan raya kecil di DUN Kerdau.

"Taktik sebegini dilihat sangat kotor dan pembankang dilihat amat terdesak kerana tiada isu yang dapat dimainkan di sini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TPM jelaskan isu kenaikan harga barang dan projek mega

Posted: 04 Mar 2011 02:59 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenaikan harga barangan tertentu ketika ini yang dijadikan modal pembangkang dalam kempen politik mereka, sebenarnya adalah isu yang berkaitan dengan senario politik dan ekonomi di seluruh dunia.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan tertentu bukanlah disebabkan kerajaan

pimpinan Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya bertindak demikian, sebaliknya ia berkaitan dengan kenaikan kos dan kekurangan bekalan akibat bencana alam di negara-negara tertentu.
"Situasi ini (kenaikan harga barang) ini berlaku di seluruh dunia, mengikut
badan-badan ekonomi antarabangsa, harga makanan akan terus meningkat dalam
tempoh setahun dua ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama
penduduk Kampung Badok, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, krisis politik di Timur Tengah juga menyebabkan kenaikan harga minyak yang secara langsung mempengaruhi kos pengangkutan dan pengeluaran
makanan dunia.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha
mengawal kenaikan harga barang termasuk memberikan subsidi bagi mengurangkan
harga barangan tertentu supaya tidak membebankan rakyat.

"Kita juga berusaha meningkatkan pendapatan rakyat, antaranya meningkatkan
projek-projek tanaman dan pengeluaran makanan negara dan meningkatkan harga
barangan komoditi.

"Tujuannya supaya rakyat memperoleh pendapatan tinggi dan kalau berlaku
kenaikan harga barangan, kenaikan itu tidak dirasai sangat," katanya.

Mengenai isu berkaitan projek-projek mega bernilai berbilion ringgit yang
didakwa pembangkang sebagai projek membazir wang rakyat, Muhyiddin berkata,
kerajaan membuat perkiraan terhadap projek-projek yang hendak dilaksanakan
itu daripada segi impak ekonomi negara pada masa hadapan.

Beliau berkata, projek-projek mega yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini
seperti pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan
juga dilabelkan sebagai projek membazir satu ketika dahulu oleh pembangkang.

Namun, beliau berkata, projek berkenaan yang disifatkan membazir turut dinikmati
mereka yang pernah mempertikaikannya dahulu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan