Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 17 Mar 2011 12:10 PM PDT [unable to retrieve full-text content]VIENNA: Pergerakan bahan radioaktif tahap rendah dari reaktor nuklear Jepun yang rosak akibat gempa dan tsunami minggu lalu kini merentasi Lautan Pasifik dan dijangka tiba di Amerika Syarikat hari ini serta mungkin menyeberangi Lautan Atlantik hingga Eropah. |
Posted: 17 Mar 2011 11:34 AM PDT MukaDepan KUCHING: Tiada pengumuman dibuat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, walaupun beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, pagi semalam.Pertemuan itu menarik perhatian media yang menunggu di luar pintu pagar utama sejak jam 9 pagi untuk mengetahui sama ada ia membincangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak atau tarikh pilihan raya negeri. Abdul Taib yang menaiki kereta rasminya masuk ke Astana kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum keluar semula jam 10.55 pagi untuk menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di bangunan Wisma Bapa Malaysia pada jam 11 pagi. Beliau ketika ditemui wartawan bagaimanapun, enggan mengulas pertemuannya itu. Sementara itu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg, ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet berkata, pertemuan Taib dan Yang Dipertua Negeri adalah perkara biasa kerana perlu menerangkan perkara berkaitan mesyuarat.Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata mesyuarat Kabinet itu tidak menyentuh isu berkaitan tarikh pembubaran DUN.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan