Jumaat, 18 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pekerja MBI jumpa bom mortar tepi parit

Posted:

Pekerja MBI jumpa bom mortar tepi parit

Pekerja MBI jumpa bom mortar tepi parit

18/03/2011 8:10pm

IPOH – Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menemui sebutir bom mortar di tepi parit ketika dia sedang membersihkan kawasan itu di Taman Klebang Jaya, Chemur di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, bom yang ditemui pada kira-kira pukul 4.15 petang itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu.

"Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak akan memusnahkan bom itu malam ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dua hari lepas sebutir bom jenis yang sama ditemui oleh seorang pengusaha kedai barangan lusuh di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Satu laluan menghala KL Sentral ditutup

Posted:

Satu laluan menghala KL Sentral ditutup

Satu laluan menghala KL Sentral ditutup

18/03/2011 8:01pm

KUALA LUMPUR – Satu laluan menghala arah Kuala Lumpur Sentral di sini akan ditutup mulai hari Ahad ini pukul 12.05 tengah malam, sehingga pukul 5 pagi Isnin, untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di Lot G Menara Pejabat dan Retail Mall.

Kawasan yang terlibat membabitkan laluan selepas selekoh di Jalan Stesen Sentral (terletak di belakang Stesen Sentral) ke tempat letak kereta Metro Stesen Sentral Kuala Lumpur, sehingga ke selekoh menghala balai ketibaan ERL.

"Kemudahan letak kereta di tempat letak kereta Metro di Stesen Sentral Kuala Lumpur masih dibuka kepada pengguna sepanjang tempoh itu.

"Pegawai-pegawai keselamatan akan ditugaskan di kawasan berkenaan untuk membantu melicinkan pergerakan trafik, dan membantu pengguna," kata syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menasihatkan pengguna dari arah Taman Seputeh dan Bangsar yang menghala ke arah balai ketibaan ERL Stesen Sentral Kuala Lumpur dalam tempoh berkenaan supaya menggunakan laluan Jalan Tun Sambathan-Jalan Sultan Sulaiman-Jalan Damansara-Jalan Stesen Sentral, untuk sampai ke balai ketibaan itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

26,850kg kertas buangan haram dirampas

Posted:

26,850kg kertas buangan haram dirampas

26,850kg kertas buangan haram dirampas

18/03/2011 6:16pm

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor merampas 26,850 kilogram kertas buangan selepas menahan sebuah lori di laluan keluar eksport di Kompleks Kastam Tanjung Puteri, di sini, tiga hari lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, kertas buangan memerlukan permit untuk dieksport.

Bagaimanapun, pemandu lori itu sempat melarikan diri selepas terjun dari kenderaan itu ketika ditahan kira-kira 9.45 pagi, Selasa lepas oleh sepasukan anggota dari Unit Hasil (Eksport), katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ramli berkata, Sabtu lepas, pihaknya merampas rokok putih dan keretek pelbagai jenama bernilai RM10,862 dengan cukai dianggarkan RM106,466.34 dalam serbuan di premis di Taman Impian Mas, Skudai.

Tiada tangkapan dibuat dalam serbuan kira-kira 10.30 malam itu, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan