Rabu, 16 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Radiasi merebak

Posted: 15 Mar 2011 03:47 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

SNAP mahu tinggalkan pembangkang

Posted: 15 Mar 2011 11:26 AM PDT

MukaDepan

KUCHING: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang kecewa hanya diberi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya negeri ke-10 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam mengumumkan bertanding di lebih 40 kerusi secara sendiri.

Presidennya, Edwin Dundang, berkata SNAP juga tidak menolak kemungkinan parti itu meninggalkan pembangkang di negeri ini.

Pada sidang medianya di sini, semalam, beliau turut mengumumkan 16 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri itu. "SNAP tidak mempunyai masalah dengan DAP atau PAS, sebaliknya PKR menuntut terlalu banyak kerusi untuk bertanding dan tidak langsung berbincang dengan parti lain mengenai calon mereka.

"Isu pertembungan tiga atau empat penjuru ketika pilihan raya tidak timbul kerana jika SNAP tidak meletakkan calon, sudah ada pihak lain seperti Parti Cinta Malaysia (PCM) atau Bebas akan berbuat demikian.

"Kita mengumumkan calon SNAP (dulu) kerana mahu PKR tahu kita sudah mempunyai individu berkelayakan untuk bertanding di 16 DUN, selain sedia bertanding di lebih 40 kerusi selepas diminta penyokong.

"PKR terlalu bongkak apabila memaklumkan mahu bertanding di 52 kerusi DUN. Bagaimanapun sehingga ini belum memberitahu calon mereka... SNAP cuma berharap parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kerusi yang akan kita tandingi," katanya.
Edwin berkata, pihaknya melihat PKR cuba membolot majoriti kerusi DUN apabila turut mahu bertanding di kawasan yang diketahui mereka tidak mempunyai sokongan kuat dan pada masa sama meminta pihaknya bertanding di kawasan tertentu saja.

"SNAP masih belum memutuskan kedudukan dalam pembangkang, tetapi kita bersedia menghadapi PKR sekiranya mereka mahu meneruskan hasrat meletakkan calon di 16 kawasan yang diumumkan SNAP," katanya.

INFO: Calon SNAP untuk bertanding DUN
1. Stephen Sigar DUN Opar
2. Frankie Jurem Nyumboi (Tasik Biru)
3. Richard @ Peter M Munai (Bengoh)
4. Sylvester Belayong (Kedup)
5. Abang Othman Abang Gom (Lingga)
6. Dan Giang (Balai Ringin)
7. Joe Unggang (Layar)
8. Dayrell W Entrie (Bukit Saban)
9. Anthony Liman Sujang (Krian)
10. Tedong Gunda @ Jamal Abdullah (Pakan)
11. Augustine Liom (Machan)
12. George Lagong (Baleh)
13. John Bampa (Belaga)
14. Johari Bujang (Lambir)
15. Edwin Dundang (Marudi)
16. Kebing Wan (Telang Usan)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan