Rabu, 16 Mac 2011

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun

Posted:

Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun

Silat remaja kebangsaan ke-9 di Melaka Jun

16/03/2011 8:01pm

MELAKA – Lebih 400 pesilat dari seluruh negara dijangka menyertai Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan kali ke-9 yang akan diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh di sini, pada 2 hingga 7 Jun depan.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kejuaraan enam hari itu akan mempertandingkan 18 kategori antaranya Silat Olahraga dan Jurus Tunggal.

"Kejuaraan ini menjadi medan penting bagi Pesaka mencungkil bakat pesilat muda dari seluruh negara untuk dilatih menjadi pesilat yang mampu mengharumkan nama negara satu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pesaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Pesaka kini mempunyai empat juta anggota yang bernaung di bawah 372 perguruan di seluruh negara dan mereka merupakan aset penting untuk membawa seni silat ke era baru. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Boling terbuka UUM tawar hadiah RM11,750

Posted:

Boling terbuka UUM tawar hadiah RM11,750

Boling terbuka UUM tawar hadiah RM11,750

16/03/2011 6:33pm

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan hadiah berjumlah RM11,750 pada kejohanan Tenpin Boling 3 Berpasukan Jemputan Terbuka UUM 2011 selama tiga hari bermula 25 Mac ini.

Universiti itu dalam kenyataannya hari ini, berkata, kejohanan anjuran Pusat Sukan UUM dan berlangsung di Park Avenue Superbowl, Sungai Petani itu dibahagikan kepada kategori individu, tiga berpasukan dan dua berpasukan.

Kejohanan itu terbuka kepada semua penjawat awam, swasta, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun di seluruh negara, kata kenyataan itu.

Johan keseluruhan kejohanan itu akan membawa pulang wang tunai RM4,000, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000) di samping hadiah wang tunai untuk pemenang kategori tiga dan dua berpasukan serta individu.

Mereka yang berminat menyertai kejohanan tersebut boleh menghubungi Nur Izani Mohd Idzham di talian 017-4815226 atau Iswandi Abdul Wahab (017-5642374). – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengusaha barangan lusuh temui bom lama

Posted:

Pengusaha barangan lusuh temui bom lama

Pengusaha barangan lusuh temui bom lama

16/03/2011 6:27pm

TELUK INTAN – Seorang pengusaha kedai barangan lusuh menemui sebutir bom mortar dipercayai masih aktif di dalam timbunan barangan lusuh di kedainya di Jalan Maharaja Lela, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, pengusaha kedai terbabit menemui bom tersebut pada pukul 9.30 pagi lalu menghubungi polis.

Satu skuad unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dipanggil untuk memusnahkan bom berkenaan pada 4 petang ini, katanya kepada pemberita hari ini.

Kok Liang berkata, bom berukuran 56sm panjang dan mempunyai lilitan 23sm itu dipercayai peninggalan zaman perang dahulu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen