Rabu, 16 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Alam Flora dipersoal

Posted:

Alam Flora dipersoal

Alam Flora dipersoal

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


M. Saravanan (kanan) dan Joseph Salang kesal dengan kekotoran di salah satu kawasan yang dilawati di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/ amira azman


KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan Pusat diminta mengkaji semula tahap pencapaian kontraktor utama pengutipan sampah, Alam Flora Sdn. Bhd. berikutan tahap kebersihan di ibu negara masih berada pada tahap tidak memuaskan, termasuk di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Perkara itu dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan selepas mengadakan lawatan kerja bagi meninjau tahap kebersihan di kawasan Bukit Bintang di sini hari ini.

Walaupun mengakui sikap warga kota sendiri yang tidak menjaga kebersihan menjadi punca utama sampah-sarap kelihatan bertaburan di sana-sini, Saravanan bagaimanapun mahu Alam Flora lebih komited.

"Peranan yang dimainkan oleh Alam Flora amat besar, bukan sahaja menguruskan kerja-kerja pembersihan dan pengutipan sampah tetapi juga sebagai pemantau kepada punca sebenar permasalahan yang timbul.

"Saya mengambil contoh mudah sahaja, jika sesebuah kawasan itu gagal diuruskan Alam Flora disebabkan masalah longkang tersumbat, pemilik premis tidak membuang sampah di tempat sepatutnya, mereka perlu bertanggunjawab melaporkan kepada DBKL agar tindakan susulan dapat diambil," ujarnya.

Katanya, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya kerana Alam Flora tidak mengemukakan kepada DBKL mengenai sebarang masalah yang dihadapi mereka sepanjang menguruskan kerja-kerja pembersihan di bandar raya ini.

"Oleh itu saya menggesa Alam Flora supaya mengemukakan kertas cadangan berhubung masalah pengurusan kebersihan yang mereka hadapi selama ini kepada saya dengan segera.

"Sekurang-kurangnya dengan laporan yang dikemukakan nanti saya jangkakan tidak akan ada lagi alasan mengapa tahap kebersihan di bandar raya ini semakin teruk," ujarnya.

Beliau turut meminta, Alam Flora agar menghantar satu salinan laporan tentang tahap kebersihan di bandar raya ini, terutama melibatkan kawasan Bukit Bintang setiap minggu kepadanya untuk diteliti dan melakukan pemantauan.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan Alam Flora yang masih menggunakan sistem pengurusan lama dan pekerja asing yang tidak terlatih sebagai pengutip sampah juga menimbulkan masalah.

Katanya, berdasarkan pengamatan terhadap pekerja asing ini, mereka lebih menumpukan kerja mengutip kotak-kotak kosong yang dibuang, dan meremehkan tugas hakiki iaitu membersihkan kawasan.

"Sebagai pihak yang telah dipertanggungjawabkan menjaga kebersihan bandar raya ini, Alam Flora harus mengambil tanggungjawab dalam semua aspek, termasuk melatih pekerjanya agar lebih bertanggungjawab dan menguruskan sampah yang dibuang secara betul," ujarnya.

Beliau berkata, sesi lawatan yang diadakan hari ini setelah pihak kementerian dan beliau sendiri secara peribadi banyak menerima aduan, terutama daripada rakan-rakan luar negara tentang tahap kebersihan terutama melibatkan kawasan tiga segi emas itu.

Tinjauan hari ini dilakukan di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Alor dan Jalan Sahabat.

Menyertai beliau dalam tinjauan itu ialah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Eksekutif Bahagian Operasi Pusat Bandar, Alam Flora, Abdul Hamid Khatan dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismail Mohd. Yusof.

Mengulas mengenai ulasan Saravanan itu, Abdul Hamid berkata, beliau akan memanjangkannya kepada pihak pengurusan atasan untuk diambil tindakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JP Selangor terus berbakti untuk rakyat

Posted:

JP Selangor terus berbakti untuk rakyat

JP Selangor terus berbakti untuk rakyat


Mokhtar Ahmad Dahalan (kiri) menyaksikan sukarelawan bergotong-royong mengecat rumah Jasni Husah di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor, semalam.


SUNGAI BULOH 15 Mac - Kegembiraan dan rasa sayu jelas terpapar pada wajah Jasni Husah, 43, dan keluarganya apabila kesusahan dia dan keluarga mendapat simpati mereka yang prihatin.

Bapa kepada tiga anak itu, yang menetap di Kampung Paya Jaras Hilir, di sini mengalirkan air mata apabila menerima pelbagai sumbangan daripada Jaksa Pendamai (JP) Selangor dan Petronas.

Antara sumbangan yang diterima Jasni adalah peralatan elektrik seperti mesin basuh, peti ais, dapur, katil dan tilam.

Selain itu, rumahnya juga telah dibersihkan dan dicat baru dalam program gotong-royong yang disertai oleh sukarelawan JP serta ahli kelab motosikal Kunyit Bikers Kampung Melayu Subang, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk kampung.

Jasni berkata, setelah kaki kanannya dipotong akibat diabetes tiga tahun lalu, dia kehilangan pekerjaan di sebuah kilang yang menjadi punca sumber rezekinya sebelum ini.

Katanya, lebih menyedihkan ialah ekoran daripada itu anak sulungnya, Azura, 14, terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja bagi membantu membesarkan dua adiknya, Muhammad Shah, 13, dan Muhammad Yusri, 10, yang turut menderita penyakit sindrom down.

Namun kini, ujarnya, dia mampu menarik nafas lega apabila menerima sumbangan itu, dan menambahkan lagi kegembiraanya apabila bakal menerima reban ayam untuk membela ayam kampung bagi menyara keluarganya.

"Saya sangat bersyukur, sebelum ini saya hanya mengharapkan bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Hendak makan pun susah, hanya sekali sahaja sehari," katanya.

Sumbangan itu disempurnakan oleh Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat JP Daerah Petaling, Datuk Mokhtar Ahmad Dahalan dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kampung Paya Hilir, Shafiee Lusut yang melawat keluarga Jasni baru-baru ini.

Lawatan dan bantuan itu juga merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat yang dianjurkan JP Selangor dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk JKM dan Hospital Sungai Buloh yang diadakan di Surau Al-Jamaiyah di kampung itu.

Program tersebut juga menyediakan pelbagai aktiviti, antaranya pemeriksaan kesihatan, khidmat guaman serta gotong-royong.

Mokhtar berkata, program khidmat masyarakat yang diadakan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya JP membantu masyarakat kurang berkemampuan.

"Selepas ini, JP akan mengadakan program serupa di Bazar Rakyat Seksyen 28, Shah Alam. Selain itu, JP turut bercadang menganjurkan perkelahan perdana yang akan disertai oleh golongan belia, ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik pada Oktober depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL cadang wujud khidmat trem

Posted:

DBKL cadang wujud khidmat trem

DBKL cadang wujud khidmat trem

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Mohd. Fuad Ismail menurunkan tanda tangan pada lukisan sempena majlis penutupan Kempen 10,000 Expresi Kuala Lumpur Hijau, semalam. Penganjur mensasarkan untuk mengumpul 10,000 tanda tangan pada lukisan itu.


KUALA LUMPUR 15 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang memperkenalkan perkhidmatan trem secara pakej bagi menggalakkan orang ramai khususnya pelancong asing dan tempatan berkunjung ke tempat-tempat menarik berhampiran Taman Tasik Perdana dengan hanya menaiki kenderaan tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, melalui pakej itu pengunjung dapat mengisi jadual penjelajahan mereka ke tempat-tempat menarik lain di kawasan berhampiran seperti Taman Burung, Taman Bunga Raya, Taman Rama-rama dan lain-lain dengan lebih mudah dan selesa.

Menurutnya, dua trem sedia ada hanya terhad untuk membawa pengunjung melihat sekitar Taman Tasik Perdana sahaja dan ini cukup menyulitkan bagi pengunjung yang ingin ke tempat-tempat menarik berhampiran.

"Pengenalan pakej ini merupakan sebahagian daripada usaha DBKL untuk menarik lebih ramai pelancong ke tempat-tempat menarik di ibu negara, khususnya melibatkan kawasan berhampiran Taman Tasik Perdana yang kini berada dalam fasa kedua kerja-kerja menaik taraf ia sebagai Taman Botani," katanya pada sidang media selepas hadir merasmikan majlis penutup Kempen 10,0000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau 2011, di Hotel Federal di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Hotel Federal, Simon Leong, Timbalan Ketua Pengarah Pentabiran DBKL, Datuk Normah Malik serta wakil-wakil penaja yang menjayakan kempen yang bertujuan menyedarkan warga kota mengenai budaya mencipta suasana hijau dan segar di bandar raya.

Bagaimanapun, katanya, DBKL akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapat kelulusan.

Katanya, sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan kadar harga yang akan ditawarkan amat berpatutan, dan kadar dikenakan kepada pengguna tempatan lebih murah berbanding pengunjung asing.

Dalam masa sama beliau turut memuji usaha pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau 2011 sebagai sebahagian usaha menjayakan Local Agenda 21, termasuk menyediakan alam sekitar yang bersih dan indah.

Beliau berkata, Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan.

Ia bukan sahaja dikenali sebagai sebuah negara yang selamat, tetapi juga bersih dan indah serta mempunyai kemudahan infrastruktur dan pelbagai tarikan seperti pusat beli-belah, pusat hiburan dan hotel.

"Saya percaya Kuala Lumpur berjaya mewujudkan identiti dan imej tersendiri serta maju berasaskan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan. Dengan memaksimumkan kekuatan yang ada sudah pasti hasrat menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia mampu direalisasikan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan