Harian Metro: Setempat |
Gagal seludup kayu bakau RM111,000 Posted: 31 Jan 2012 12:10 PM PST KLANG: Sindiket penyeludupan antarabangsa yang menyeludup 11,166 kayu bakau dianggarkan bernilai RM111,000 dan berselindung di sebalik penggunaan permit import (AP) ditumpaskan dalam operasi bersepadu di Sungai Chondong, di sini, malam kelmarin. Dalam operasi itu, seramai 34 warga Indonesia menaiki lapan bot yang membawa muatan kayu bakau ditahan Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai untuk diseludup ke negara ini.
Namun, hasil semakan dengan syarikat berkenaan mendapati, kayu yang dibawa masuk tidak mempunyai kebenaran mengimport dan AP yang sah dan dipercayai didalangi sindiket curi kayu bakau di Indonesia dan Malaysia. Dalam operasi itu, APMM turut menjumpai lebih 44,000 kayu bakau yang sudah didaratkan dan 24,000 daripadanya dibawa masuk secara haram dari Indonesia dan perairan Malaysia tanpa memiliki kebenaran import.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 31 Jan 2012 12:07 PM PST SHAH ALAM: Seorang mekanik warga Iran dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar hampir 1.5 kilogram (kg) syabu yang sebahagian daripadanya ditelan dalam bentuk kapsul, di Sepang, dekat sini, dua tahun lalu. Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmadi Moharam Lotfollah, 23, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh selepas diperintah membela diri adalah keterangan ditokok tambah.
Katanya, adalah mustahil beg dibawa tertuduh ketika tangkapan milik orang lain berdasarkan jahitan bahagian tersembunyi mengandungi dadah di dalamnya sangat kemas. Oleh itu, katanya, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membela diri sebagai tidak logik.
Dia juga didakwa atas pertuduhan kedua mengedar 274 gram dadah sama yang ditelan dalam bentuk kapsul di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur, antara 3 dan 5 Februari tahun sama.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan