Ahad, 13 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Air Ganda dimaju sebagai agropolitan

Posted:

Air Ganda dimaju sebagai agropolitan

Air Ganda dimaju sebagai agropolitan

Oleh WARDAHTUL AIN NAWAWI
utusanperak@yahoo.com.my

GERIK 12 Mac - Kawasan seluas 1,376 hektar di Air Ganda, Temenggor dekat sini bakal dimajukan dengan projek pertanian getah berasaskan agropolitan bagi membantu masyarakat miskin dan miskin tegar supaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad berkata, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah telah bersetuju melaksanakan projek itu berdasarkan keluasan tanah selain keperluan membantu masyarakat di Hulu Perak menikmati hasil pembangunan negara.

Sehubungan itu katanya, beberapa agensi telah dilantik termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk melaksanakan tanaman pokok getah di kawasan tersebut.

"Kita yakin projek ini dapat dibangunkan kerana ia sesuai untuk dimajukan sejajar dengan usaha kementerian membasmi golongan miskin dan miskin tegar di seluruh Perak.

"Apabila projek agropolitan ini siap, kawasan Air Ganda akan menerima impak kemajuan melibatkan sektor penanaman getah," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Menerusi projek tersebut katanya, lebih 500 ketua isi rumah yang miskin dan miskin tegar bakal diberi peluang mengusahakan tanah seluas 2.6 hektar setiap seorang selain perkongsian ekuiti dalam ladang getah berkenaan.

Dalam pada itu, Saarani berkata, selain rumah, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk surau dan sekolah.

"Apabila projek agropolitan ini siap, kita akan memilih masyarakat daripada golongan yang benar-benar miskin dan miskin tegar di kawasan sekitarnya.

"Selepas itu, kita akan mengambil peserta lain di seluruh negeri Perak untuk ditempatkan di kawasan agropolitan tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBI kutip cukai RM11j

Posted:

MBI kutip cukai RM11j

MBI kutip cukai RM11j


ROSHIDI Hashim (dua dari kanan) bersama beberapa kakitangan dan ahli Majlis Bandaraya Ipoh memilih cabutan bertuah cukai taksiran 2011 di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 12 Mac - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya mengutip RM11 juta bayaran cukai taksiran dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, jumlah tersebut meningkat RM1 juta berbanding RM10 juta untuk tempoh sama tahun lepas.

''Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda positif warga bandar raya menyambut baik program cabutan bertuah yang dijalankan oleh MBI," katanya pada Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2011 di sini, kelmarin.

Sebanyak 220 hadiah termasuk 20 hadiah utama bernilai RM25,000 disediakan untuk warga bandar raya ini yang membuat pembayaran cukai taksiran setahun dari Januari hingga Februari lalu.

Antara hadiah utama ialah dua buah motosikal, empat unit televisyen LCD dan masing-masing dua unit peti ais, mesin basuh, kamera digital, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, mesin vakum dan periuk nasi.

Seramai 20 pembayar cukai yang terpilih untuk cabutan hadiah utama akan membuat cabutan sekali lagi pada pertengahan April ini untuk menentukan hadiah yang bakal dimenangi.

Menurut Roshidi, bagi 2010, sebanyak RM78.4 juta bayaran cukai taksiran berjaya dikutip dan sebanyak RM37.2 juta sehingga 28 Februari lalu.

''Sehingga 28 Februari lalu, jumlah tunggakan cukai taksiran ialah sebanyak RM35.9 juta dan jumlah itu masih tinggi walaupun MBI sudah melupuskan sebahagian tunggakan.

''Oleh itu, saya harap orang ramai menjelaskan segera tunggakan cukai taksiran," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, MBI akan menambah nilai barangan hadiah cabutan bertuah kepada RM30,000 pada tahun hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YB hadir 21 kenduri sehari

Posted:

YB hadir 21 kenduri sehari

YB hadir 21 kenduri sehari

SIK 12 Ma c– Percaya atau tidak jika ada individu yang menerima berpuluh jemputan kenduri perkahwinan dalam sehari sempena musim cuti persekolahan ini.

Itu yang berlaku ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Mohd. Tajudin Abdullah yang menerima sebanyak 21 jemputan kenduri majlis perkahwinan hari ini.

Menurut beliau, semua jemputan itu diterima daripada penduduk dari seluruh Parlimen ini yang hampir sebesar Perlis dengan mengambil kesempatan memanggil wakil rakyat mereka apabila mengadakan kenduri.

Katanya, penduduk datang ke pejabat atau rumahnya bagi membuat jemputan berkenaan menyebabkan dia tidak boleh menolak.

"Musim cuti sekolah bermula hari ini menyebabkan kesempatan itu diambil oleh penduduk untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak masing-masing

"Saya sendiri menerima sebanyak 21 jemputan kenduri yang kesemuanya mengharapkan kehadiran pada majlis itu," katanya di sini, hari ini.

Mohd. Tajuddin yang juga Penyelaras Parlimen Sik berkata, oleh kerana terlalu banyak jemputan yang terpaksa dihadiri, beliau hanya mampu menjamah sedikit sahaja makanan pada setiap majlis.

"Bayangkan dengan jumlah jemputan yang banyak, mungkin tidak termampu saya hadirinya namun atas dasar bersama rakyat, saya tetap penuhi jemputan itu," katanya.

Katanya, sebagai seorang wakil rakyat, beliau berterima kasih kepada penduduk terbabit yang sudi menjemputnya ke majlis kenduri mereka.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik memberitahu, jumlah jemputan kenduri yang banyak bukan diterimanya untuk hari ini sahaja, tetapi sepanjang musim cuti sekolah ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan