Rabu, 2 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


PPK 25 semarak Islam melalui belia

Posted:

PPK 25 semarak Islam melalui belia

PPK 25 semarak Islam melalui belia

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 1 Mac – Kerajaan negeri akan menggerakkan Program Pengisian Kerohanian Untuk Golongan 25 Tahun Ke Atas (PPK 25) bagi membudayakan ilmu sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat Islam di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, program yang disasarkan khusus kepada golongan belia itu mendapat kerjasama penuh daripada warga akademik universiti tempatan itu.

Katanya, kebanyakan program berbentuk keagamaan yang dirancang oleh kerajaan selama ini kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda dan memerlukan pendekatan baru.

''Oleh itu, kita harap program yang dilakukan melalui PPK 25 mampu menarik golongan tersebut untuk turut serta dalam program berbentuk keagamaan yang dirancang pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Multaqa Imam, Bilal dan jawatankuasa Masjid negeri di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini semalam.

Mazlan menyifatkan PPK 25 sebagai satu projek besar kerajaan yang dalam usaha memantapkan lagi keupayaan dan keberkesanan pengajaran, penyebaran dan pegangan agama Islam di kalangan rakyat.

Katanya, ia seiring dengan usaha mengimarahkan masjid dan menjadikan institusi itu sebagai pusat kecemerlangan, membudaya al-Quran dalam kehidupan dan mewujudkan masyarakat yang memiliki kesedaran dan keprihatinan tinggi terhadap masalah sosial dan jenayah.

Mazlan berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada siri ceramah kepimpinan yang dianjurkan kerajaan negeri bagi membentuk kekuatan dalaman dan jati diri para imam dan bilal di negeri ini.

Program sehari itu dimulakan dengan majlis ilmu pada sebelah pagi bertajuk 'Survival menuju kemerdekaan' yang disampaikan Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kapt (B) Dr. Shamsuddin Haji Moner @ Munir.

Pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said turut menyampaikan imbuhan RM800 dan RM600 kepada lebih 2,000 imam dan bilal daripada 448 masjid di seluruh negeri.

Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kursus Pengimarahan Masjid-Masjid Terengganu berkata, lebih 3,000 imam, bilal serta ahli jawatankuasa (AJK) masjid di seluruh negeri telah mengikuti kursus pengimarahan sejak Mei tahun lepas.

"Kursus yang diadakan pada kali ini merupakan kursus kesembilan dan yang terakhir dijangka dapat diselesaikan menjelang bulan April tahun ini," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri perhatian kepada golongan berpendapatan rendah - Sultan

Posted:

Beri perhatian kepada golongan berpendapatan rendah - Sultan

Beri perhatian kepada golongan berpendapatan rendah - Sultan


Sultan Muhammad V memeriksa perbarisan kehormat sempena istiadat pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-12 penggal keempat di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 1 Mac - Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang mampu bagi memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan rumah kediaman.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, baginda bagaimanapun mengalu-alukan usaha kerajaan negeri memberi tumpuan keperluan perumahan kepada golongan tersebut.

Titah baginda, difahamkan beberapa projek perumahan seperti Program Perumahan Mampu Milik dan Projek Usaha sama dengan pemaju-pemaju swasta akan dilaksanakan tahun ini bagi memenuhi keperluan tersebut.

"Beta juga berterima kasih kepada usaha murni sebuah yayasan yang memberi sumbangan 100 unit rumah kos rendah di Mukim Apam, Pasir Mas yang akan dibina pada tahun ini," titah baginda.

Baginda bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 penggal keempat di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sultan Muhammad V turut menyarankan agar kerajaan negeri menambah peruntukan bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

Titah baginda, pada tahun ini kerajaan negeri telah memperuntukkan RM10 juta untuk pembangunan jalan dan jambatan baru di bawah program kesejahteraan rakyat melalui Jabatan Kerja Raya.

Selain itu, titah baginda, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM36 juta bagi pengurusan dan penyelenggaraan jalan-jalan negeri.

Mengenai iklim pelaburan di negeri ini, baginda bertitah, ia dijangka bertambah rancak pada tahun ini antara lain disebabkan kewujudan 'halal park' seluas 43 hektar di Pasir Mas yang dijangka menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Sultan Muhammad V bertitah, Kelantan sebenarnya mampu bersaing dengan negara jiran dari segi kos modal di mana kos sara hidup di negeri ini masih rendah berbanding Pantai Barat dan mempunyai tanah yang luas untuk menampung sektor perindustrian.

Baginda bagaimanapun dimaklumkan bahawa kurangnya kemasukan pelaburan asing ke negeri ini adalah disebabkan faktor kemudahsampaian dan logistik.

"Kelantan masih belum mempunyai lebuh raya yang cekap berbanding negeri-negeri lain. Tumpuan pelaburan di Semenanjung Malaysia masih lagi di negeri-negeri Pantai Barat.

"Beta menyarankan bahawa perlunya jaringan lebuh raya yang cekap menghubungkan negeri ini ke negeri-negeri lain hendaklah mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM1b bina empangan hidroelektrik kedua

Posted:

RM1b bina empangan hidroelektrik kedua

RM1b bina empangan hidroelektrik kedua

KUALA TERENGGANU 1 Mac - Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir yang telah bermula sejak tahun lepas.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Md. Yuslan Md. Yusof berkata, kos itu merangkumi projek pembinaan melibatkan dua fasa yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015.

Katanya, ketika ini, pembinaan itu masih lagi berada dalam fasa pertama iaitu pembinaan empangan, terowong air dan stesen janakuasa elektrik bawah tanah.

"Kita jangkakan, menjelang tahun 2015 nanti, fasa terakhir pembinaan iaitu kerja-kerja mereka bentuk, memasang dan serta menguji peralatan mekanikal dan elektrik dapat disiapkan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pertandingan boling antara TNB dengan wakil media di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini semalam.

Empangan hidroelektrik kedua itu dibina di kawasan Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu dan mempunyai kapasiti sebanyak 250 megawatt.

Selain empangan berkenaan, Terengganu mempunyai dua buah lagi stesen janakuasa hidroelektrik iaitu di Paka dan Tasik Kenyir.

Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Ismail di Paka mampu mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt manakala Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir pula berkuasa sebanyak 400 megawatt.

Sementara itu, Md. Ruslan berkata, Terengganu merupakan antara negeri yang mencatatkan kes kecurian elektrik paling minimum setakat ini.

Katanya, ia berikutan rondaan dan pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh TNB dengan pihak polis.

"Pemeriksaan kini dilakukan dengan lebih kerap dan menyeluruh termasuk di kedai-kedai yang menjual barang lusuh serta besi terpakai," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Md. Ruslan memberitahu, hampir semua tempat di negeri ini telah menerima bekalan elektrik.

"Kita percaya tidak ada kawasan yang tertinggal dalam hal ini (pengagihan bekalan elektrik).

"Kalau ada pun mungkin beberapa 'rumah ketinggalan' yang terletak jauh dari kawasan tersebut," katanya.

Md. Yuslan berkata, secara purata, 550 buah rumah di negeri ini telah dikecualikan daripada membayar bil elektrik pada setiap bulan.

"Mereka ini dikecualikan kerana penggunaan elektrik yang kurang daripada RM20 seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan Pusat sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan