Utusan Online - Selatan |
- Pelajar agama perlu cemerlang
- 50 program sempena Pesta Sungai Melaka
- Agensi pelancongan disaran lebih agresif
Posted: Pelajar agama perlu cemerlangOleh NAZARUDIN SHAHARI Mohamad Hasan (tengah) bersalaman dengan sebahagian pelajar selepas majlis penyampaian tiket dan sagu hati kepada penuntut yang akan menyambung pelajaran ke Mesir di Seremban, kelmarin. SEREMBAN 18 Mac – Kerajaan mahu pelajar negeri ini yang mengikuti pengajian dalam bidang agama mencapai kecemerlangan sehingga tahap sebagai pakar rujuk dalam bidang tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya menganggap keperluan terhadap bijak pandai agama adalah sama penting dengan pakar dalam bidang sains dan teknologi. Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri sedia menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan graduan dalam bidang agama melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti sarjana dan doktor falsafah (PhD). "Antara insentif itu ialah jika mereka mendapat keputusan 'mumtaz' atau cemerlang, pinjaman pelajaran boleh ditukar sebagai biasiswa. "Yayasan Negeri Sembilan juga kini telah mula memberi pinjaman untuk membayar yuran tuisyen kepada mereka yang hendak sambung ke peringkat sarjana dan PhD," katanya kepada para pemberita selepas majlis penyampaian tiket dan saguhati khas kepada pelajar negeri ini di Mesir, di sini semalam. Pada majlis tersebut, 317 pelajar menerima tiket penerbangan balik dan sagu hati RM500 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Mohamad berkata, usaha melahirkan lebih ramai bijak pandai dalam bidang agama amat penting bagi membimbing masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. "Ia menjadi lebih penting terutamanya bagi menangkis salah faham mengenai Islam yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan kumpulan atau diri mereka sendiri. "Dengan adanya graduan yang menguasai ilmu Islam ini, kita yakin fahaman salah itu akan dapat dibendung, kerana umat Islam boleh menjadikan mereka sebagai pakar rujuk apabila timbul permasalahan ummah," ujarnya. Sejajar dengan itu, Menteri Besar menggesa para pelajar dalam bidang agama memberi tumpuan dalam pengajian mereka dan sentiasa meletakkan sasaran yang tinggi dan bukannya hanya sekadar mahu lulus peperiksaan semata-mata. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
50 program sempena Pesta Sungai Melaka Posted: 50 program sempena Pesta Sungai MelakaMELAKA 18 Mac - Pesta Sungai Melaka yang bakal berlangsung selama sebulan pada Jun ini menyediakan lebih 50 acara bagi menghiburkan kira-kira 500,000 pengunjung ke program tahunan tersebut. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, antara acara yang diadakan adalah pertandingan bot berhias, memancing, fotografi, larian Sungai Melaka, persembahan kebudayaan, forum perdana dan pertunjukan fesyen. Menurutnya, kerajaan negeri menyasarkan perolehan pendapatan RM250 juta sekiranya setiap pengunjung membelanjakan RM500 di Pesta Sungai Melaka. ''Apa yang penting, kita mahu penganjuran pesta ini sentiasa dinaik taraf dan diperbaharui bagi memastikan pengunjung, khususnya pelancong asing tidak jemu memandangkan ia diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada 2007," katanya pada majlis Hi-Tea Pesta Sungai Melaka 2011 di sini semalam. Kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi memperindah dan meningkatkan kebersihan Sungai Melaka dan sehingga ia kini menjadi antara produk pelancongan popular di negeri ini. Menurut Mohd. Ali, penganjuran Pesta Sungai Melaka turut mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan dengan memasukkannya dalam kalendar acara kementerian berkenaan. Katanya, seramai 87,000 orang berkunjung ke pesta itu pada 2009 dan jumlah tersebut meningkat kepada 330,000 orang tahun lalu. ''Tujuan penganjuran pesta ini selain untuk mempopularkan lagi keindahan Sungai Melaka, kita mahu ia membantu memperkenalkan produk pelancongan seperti Melaka Taming Sari, Muzium, Zoo dan Melaka Wonderland. ''Saya berharap acara yang dirancang sepanjang pesta sungai ini dapat mempromosikan Melaka amnya dan Sungai Melaka khasnya," ujarnya. Mohd Ali berkata, kini terdapat lebih satu juta pelancong melawat sungai berkenaan sebulan, sekali gus meletakkan sungai tersebut setanding dengan Sungai San Antonio, Texas, Amerika Syarikat yang terkenal dengan keindahan dan kebersihannya. Katanya, berdasarkan statistik, pelancong yang berkunjung ke Sungai Melaka sepanjang 2009 seramai 708,660 orang, manakala setakat Jun tahun lalu pula seramai 1.04 juta pelancong. Kata beliau, satu lagi daya tarikan terbaru yang baru sahaja beroperasi di sepanjang Sungai Melaka ialah Aerorail yang boleh membawa 24 orang bagi setiap perjalanan sejauh dua kilometer dari Taman Rempah ke Dataran Hang Tuah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Agensi pelancongan disaran lebih agresif Posted: Agensi pelancongan disaran lebih agresifTELUK KEMANG 18 Mac - Semua agensi berkaitan pelancongan akan digerakkan dengan lebih agresif supaya sasaran untuk menjana kehadiran pelancong kepada empat juta orang menjelang hujung 2012 dapat dicapai. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail berkata, selain agensi pelancong, ia juga akan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT). ''Kita telah kenal pasti kawasan pantai yang berpotensi, inap desa dan ikon pelancongan lainnya yang boleh dimaju dan dipromosikan sebagai tarikan pelancong," katanya di Port Dickson, dekat sini malam tadi. Terdahulu, beliau pada Majlis Pelancaran Festival Port Dickson 2011 anjuran MAYACORP Business Trade dengan usahasama kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)di Dataran Sri Kemang, dekat sini. Katanya, untuk melihat kejayaan tersebut, kegiatan dan pakej pelancongan yang ditawarkan hendaklah melalui perubahan dan tidak hanya statik dengan satu persembahan. ''Produk yang ada di kawasan pelancong itu perlulah dipelbagaikan dengan aktiviti berlainan supaya pelancong yang sebelum ini yang telah datang akan merasa untuk kembali semula kerana tawaran pakej yang berlainan setiap bulan," ujarnya. Sementara itu, mengenai festival itu, Mohamad Razi berkata, ia akan berlangsung lima hari di penghujung musim cuti persekolahan ini. ''Sebelum ini, telah dilangsungkan program Raptor Watch di PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan selain Pameran Statik di Muzium Tentera Darat, Port Dickson," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan