Utusan Online - Politik |
Anwar patut malu kepada Najib isu DNA Posted: Anwar patut malu kepada Najib isu DNAKUALA LUMPUR 20 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut berasa malu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kesediaan Perdana Menteri menyerahkan sampel asid deoksiribonukleiknya (DNA) jika diperlukan. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana sampel DNA Anwar amat diperlukan demi membuktikan beliau tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti didakwa. Justeru katanya, Anwar perlu mencontohi keberanian Najib untuk menyerahkan sampel DNA seperti diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Sarawak semalam. Keberanian Najib wajar dicontohi Anwar kerana Perdana Menteri itu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau takut apabila pihak pembangkang melemparkan fitnah mengaitkan dirinya, katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini. Semalam, Najib dalam ucapan di Serian menegaskan beliau bukan seperti Anwar yang gentar memberikan sampel DNA dalam usaha menegakkan kebenaran, dipercayai ekoran cubaan Anwar mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebelum ini. ''Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya. Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok sebagai memenuhi amanah dan mandat rakyat. Katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengotakan janjinya untuk berundur apabila sampai masa dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri tersebut. "Peralihan kuasa tentunya akan berlaku dan pada hemat saya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya. |
Anwar bercita-cita jadi presiden - Ummi Hafilda Posted: Anwar bercita-cita jadi presiden - Ummi HafildaOleh RADHUAN HUSSAIN BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa. Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi. Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu. "Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya. Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris. Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini. Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat. Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat. Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda. Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan