Utusan Online - Jenayah |
Al Ehsan buat laporan polis terhadap Anwar Posted: Al Ehsan buat laporan polis terhadap AnwarPASIR MAS 20 Mac - Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al Ehsan Kelantan (Al Ehsan) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel darahnya berhubung perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapi pemimpin itu. Laporan polis itu dibuat Presiden Al Ehsan Kelantan, Che Dollah Che Ismail kira-kira pukul lima petang semalam sambil diiringi 50 orang ahli pertubuhan itu. Che Dollah berkata, laporan itu bertujuan menegakkan kebenaran yang sudah sekian lama tertangguh ekoran kedegilan Anwar menyerahkan DNA meskipun ia menjadi perkara paling kritikal dalam perbicaraan tersebut. "Anwar sepatutnya berani tampil menegakkan kebenaran agar kita dapat tahu siapa sebenarnya identiti Lelaki Y dalam perbicaraan liwat yang dihadapinya itu,'' katanya. Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Che Dollah berkata, sebagai seorang pemimpin yang kononnya berani, Anwar perlu menterjemahkan keberanian itu di mahkamah bukannya memberi alasan untuk menyelamatkan diri. |
Posted: Rasuah membawa kesengsaraanRASUAH membawa kesengsaraan. Kesengsaraan pula datangnya bermacam-macam bentuk. Ditimpa musibah seperti kemalangan atau bencana alam, perceraian, kehinaan, kehilangan keluarga dan rakan-rakan, muflis, sakit dan sebagainya. Seseorang yang memilih terlibat dalam rasuah sama ada sedar atau tidak, mereka mungkin ditimpa kesengsaraan sebagai pengajaran yang mana tempoh dan bentuknya hanya Tuhan menentukannya. Malangnya, bagi mereka yang mengamalkan rasuah sebagai cara hidup dan mahu cepat senang tidak sedar kesan perbuatannya terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Tidak hairanlah, bagi sesetengah negara yang 'menghalalkan' perbuatan rasuah bermaharajalela sering ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kata orang, walaupun terlepas hukuman dunia belum tentu lepas hukuman akhirat. Satu kisah benar membuka siri Jejak Rasuah minggu ini, boleh dijadikan teladan dan sempadan bagaimana rasuah itu boleh membawa kesengsaraan, bukan sahaja pada diri sendiri, malah memberi kesan kepada orang yang paling rapat seperti anak. Kegiatan rasuah seorang bapa terbongkar ketika anaknya, Sari (bukan nama sebenar) ditangkap khalwat bersama kekasih di sebuah kondominium di ibu negara. Maklumat yang diberi oleh orang awam yang tidak tahan melihat perlakuan sepasang kekasih berlagak suami isteri itu telah membawa kepada risikan pihak Jabatan Agama Islam sehingga tangkapan berjaya dibuat kira-kira pukul 2 pagi hari kejadian. Pihak penguat kuasa terpaksa merempuh pintu kondo itu setelah hampir 20 minit menunggu untuk dibuka. Ketika tangkapan, pasangan kekasih itu menunjukkan 'sijil nikah' kepada penguat kuasa, bagaimanapun penipuan mereka berjaya dikesan selepas salah seorang penguat kuasa mendapati sijil nikah itu palsu. Sari menangis dan merayu agar dilepaskan dengan alasan dirinya berbadan dua. Bukan sahaja dosanya berzina dan cuba menipu, malah dia juga mengandung anak luar nikah. Sijil nikah palsu yang dirampas telah membawa kepada tangkapan seorang pemilik Pusat Kursus Perkahwinan, Ahmad (bukan nama sebenar) yang bersubahat dengan seorang penguat kuasa sambilan di Jabatan Agama Islam, Amir (bukan nama sebenar). Risikan dan tangkapan dilakukan oleh SPRM hasil maklumat dan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam. Hasil siasatan mendapati Ahmad dan Amir meminta rasuah RM3,000 daripada pasangan kekasih yang mahu sijil nikah palsu serta sijil kursus perkahwinan palsu. Apa yang mengejutkan, Amir merupakan bapa kandung kepada Sari bagaimanapun tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, kekasih Sari telah mendapat sijil nikah palsu itu daripada Ahmad. Amir terkejut dan sedih setelah dimaklumkan keterlanjuran yang dilakukan anak sulungnya itu tetapi bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan