Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar nafi bukan dirinya

Posted:

Anwar nafi bukan dirinya

Anwar nafi bukan dirinya


ANWAR Ibrahim ditemani Wan Azizah Wan Ismail bercakap pada sidang akhbar berhubung dakwaan video lucah mengaitkan dirinya di Ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor, semalam. – AFP


PETALING JAYA 21 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

"Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata: "Saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan".

Anwar juga berkata, pada 21 Februari lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan Facebook.

"Pada waktu itu, saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena "hack". Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya, tetapi perutnya lebih buncit daripada saya," katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata: "Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya."

Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita terbabit semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau belum lagi melihat video berkenaan.

"Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya," katanya.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, beliau terkejut dengan permintaan yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden PKR.

"Apa yang saya dah buat? Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya hairan kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada parti itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks pemimpin pembangkang didedah

Posted:

Video seks pemimpin pembangkang didedah

Video seks pemimpin pembangkang didedah

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saya ikhlas berundur – Taib

Posted:

Saya ikhlas berundur – Taib

Saya ikhlas berundur – Taib

Oleh SOPI SAMAILE
sopi.samaile@utusan.com.my


Abdul Taib Mahmud ketika diaju soalan oleh pemberita selepas merasmikan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Sarawak di Kuching, Sarawak, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


KUCHING 21 Mac – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keputusan beliau untuk berundur daripada jawatannya adalah ikhlas dan rakyat boleh menilai menerusi sikapnya ketika mentadbir negeri ini sejak lebih 30 atau 40 tahun lalu.

"Anda boleh melihat sikap saya bagi tempoh lebih 30 atau 40 tahun lalu, saya tidak pernah berbohong kepada rakyat dan tidak bermain politik kotor.

"Saya juga lebih suka berdiam diri jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang DAP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan DAP bahawa pengundurannya tidak ikhlas memandangkan Ketua Menteri yang telah berkhidmat 30 tahun itu tidak pula mengumumkan nama penggantinya.

Sebelum itu, Abdul Taib merasmikan majlis Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak Tahun 2011 dengan bertemakan 'Ahli Majlis Pemacu Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan' di sebuah hotel di sini.

Abdul Taib menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengumumkan nama pengganti dengan segera kerana ia mungkin akan dijadikan isu oleh pihak pembangkang pada pilihan raya negeri ini.

"Kamu mahu kita umumkan, kamu fikir saya bodoh. Kenapa mereka (DAP) tidak mengumumkan pengganti terlebih dulu, mereka asyik bergaduh saja,'' kata beliau.

Sabtu lalu, Abdul Taib mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti.

Ditanya mengenai senarai calon untuk pilihan raya kali ini, Abdul Taib memberitahu, nama-nama tersebut akan dikeluarkan sebelum hari penamaan calon dan mereka yang akan bertanding itu sudah mengetahuinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan