Isnin, 14 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Bencana nuklear dunia?

Posted:

Bencana nuklear dunia?

Bencana nuklear dunia?


PARA pekerja penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari runtuhan selepas gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang menggegar pantai timur laut Jepun dan mengakibatkan tsunami, di Sendai, Jumaat lalu. – REUTERS


SENDAI, Jepun 13 Mac – Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.

Syarikat pengendali Tokyo Electric Power Co (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut dan asid borik bagi menyejukkan reaktor No. 1 selepas satu letupan memusnahkan bumbung dan dinding bangunan konkrit itu semasa mereka cuba melepaskan tekanan semalam.

Struktur tangki reaktor nuklear itu bagaimanapun tidak terjejas.

Selain itu, pengendali reaktor tersebut turut membebaskan udara daripada tangki simpanan reaktor No. 3 bagi mengurangkan tekanan dan mengelak kerosakan.

"Kami belum tahu status sebenar bahan api di bahagian teras reaktor itu. Kami perlu mengenal pasti keadaan teras itu sama ada ia tertutup, rosak atau bahan api kini sedang cair," kata pakar nuklear, Mark Hibbs daripada Pembiayaan Keamanan Antarabangsa Carnegie.

Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat.

Sekurang-kurangnya 32 maut akibat kesan secara langsung letupan dan 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif.

Lebih 120,000 yang lain terpaksa dipindahkan, sementara tahap pencemaran radiasi turut diukur sejauh barat Eropah.

Semalam, beribu-ribu penduduk di bandar sama dipindahkan berikutan letupan dan kebocoran yang berlaku di pusat reaktor No.1 di Fukushima, kira-kira 240 kilometer di utara Tokyo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MCA tangguh pemilihan parti

Posted:

MCA tangguh pemilihan parti

MCA tangguh pemilihan parti

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian perwakilan MCA mengangkat tangan menyokong penangguhan pemilihan parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 13 Mac. – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini meluluskan usul agar pemilihan pucuk pimpinan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, keputusan itu dibuat sebagai persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU–13).

"Oleh kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, maka MCA perlu memastikan jentera parti berada dalam keadaan siap sedia," katanya pada sidang akhbar selepas EGM tersebut di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

EGM yang diadakan hari ini bertujuan meminda Artikel 167 Perlembagaan MCA bagi memendekkan tempoh penangguhan pemilihan parti selepas pilihan raya umum daripada 42 bulan seperti sekarang kepada hanya 36 bulan.

Parti itu juga memutuskan tempoh pemilihan pucuk pimpinan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, bukannya tiga bulan seperti sekarang.

Seramai 1,844 daripada jumlah keseluruhan 2,362 perwakilan mengundi dengan mengangkat tangan pada EGM yang bermula pada pukul 10.30 pagi.

Proses pengundian dilihat berjalan lancar dan tamat dalam tempoh 15 minit sahaja.

Seramai 1,827 iaitu 99 peratus perwakilan menyokong untuk meminda perlembagaan parti, 14 orang tidak mengundi dan tiga undi menolak usul berkenaan.

Dalam pada itu, Soi Lek juga menegaskan, MCA yakin dapat memenangi semula sokongan masyarakat Cina di negara ini pada pilihan raya umum akan datang.

"Namun kita tidak boleh mengambil ringan terhadap sokongan itu dan parti seharusnya berusaha keras untuk meyakinkan kaum Cina untuk menyokong semula MCA," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu

Posted:

Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu

Pemilik kenderaan tidak puas hati kena saman boleh mengadu

KLUANG 13 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.

"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat, di sini hari ini, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau berterima kasih kepada pemilik kenderaan yang telah menjelaskan bayaran saman mereka.

Beliau juga menyatakan puas hati dengan tempoh lanjutan bayaran saman dengan diskaun.

Dalam pada itu, Hishammuddin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bagi menyelaras sistem kutipan bayaran saman trafik.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk agensi berkenaan mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan koordinasi penguatkuasaan yang lebih baik.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri perbincangan berkaitan keselamatan serantau.

Katanya, perbincangan sehari itu atas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Nayef Abdulaziz Al-Saud.

"Kita hendak lihat isu keselamatan serantau, perjuangan Islam dan ummah dalam konteks landskap yang berubah.

"Semua ini merupakan fenomena yang kalau tidak dibincangkan secara dua hala, kita bimbang bahawa anggapan dan pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," jelasnya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan