Isnin, 14 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Bot pelancong terbakar sebelum karam

Posted:

Bot pelancong terbakar sebelum karam

Bot pelancong terbakar sebelum karam

Oleh KAMARUDDIN HAMZAH
pengarang@utusan.com.my

BESUT 13 Mac – Keseronokan yang dibayangkan oleh sekumpulan 37 pelancong untuk bercuti di Pulau Perhentian bertukar menjadi pengalaman menakutkan hari ini apabila bot yang dinaiki terbakar sebelum karam.

Pelancong tersebut termasuk tiga rakyat asing dan 17 kanak-kanak terpaksa terjun ke dalam laut dan berpegang kepada tali. Bot itu dalam perjalanan menuju ke Pulau Perhentian.

Kejadian pukul 10.45 pagi itu berlaku kira-kira empat batu nautika dari Timur Laut Kuala Besut iaitu selepas 20 minit bot berkenaan meninggalkan jeti.

Selain tiga pelancong asing bersama seorang rakan warga tempatan, turut berada dalam bot malang itu ialah 33 anggota rombongan dari Melaka, seorang pemandu dan tiga pekerja bot.

Kejadian itu menyebabkan seorang ahli rombongan dari Melaka, Nurizam Hasan, 38, melecur di kedua-dua belah tapak tangan dan muka sementara sepasang suami isteri berusia 30-an mengalami sesak nafas.

Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di Hospital Besut, di sini manakala beberapa orang mangsa lain menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Seorang mangsa, Arman Arshad, 34, berkata, rombongan dari Melaka itu disertai seramai 17 murid berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Turut serta dalam rombongan dari Melaka itu ialah 16 orang dewasa iaitu sembilan wanita dan tujuh lelaki, manakala tiga pelancong asing itu berasal dari United Kingdom.

Menurutnya, rombongan itu tiba di Besut tengah malam semalam dan dijadualkan menaiki bot menuju ke Pulau Perhentian pada pukul 8 pagi.

"Kami pelik kerana jadual asal adalah pukul 8 pagi, tetapi ditunda kepada 9 pagi dan sekali lagi ditunda kepada pukul 10 pagi," katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kira-kira setengah jam selepas berlepas dari jeti Kuala Besut, bot itu berasap menyebabkan pemandu bot menghubungi pihak bomba dan rakan-rakan lain untuk datang membantu mereka.

"Apabila api semakin marak, kami yang semuanya memakai jaket keselamatan terjun ke laut seorang demi seorang dengan didahului oleh kanak-kanak dan berpegang kepada tali sebelum tiga buah bot datang untuk menyelamatkan kami dalam tempoh lima minit," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd. Nor ketika mengesahkan kejadian itu berkata, bot berkenaan baru sahaja meninggalkan jeti Kuala Besut untuk menuju ke Pulau Perhentian apabila ia terbakar.

"Siasatan awal mendapati berlaku masalah teknikal sehingga menyebabkan ia terbakar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru wanita mati melecur

Posted:

Guru wanita mati melecur

Guru wanita mati melecur

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 13 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsapuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

"Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit dengan menggunakan paip pemadam api di situ.

"Namun, asap tebal masih memenuhi ruang rumah berkenaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.

Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya.

Tambahnya, siasatan mendapati kebakaran itu memusnahkan 70 peratus daripada rumah tersebut dan paling teruk terbakar adalah kawasan tempat tidur mangsa.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil memberitahu mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut.

Sementara itu, seorang kakitangan di pejabat pengurusan pangsapuri terbabit ketika ditemui memberitahu, mangsa baru sebulan menyewa unit pangsapuri tersebut.

Dia yang enggan dikenali berkata, semalam, mangsa ada mengadu kepada pemilik rumah bahawa suis elektrik di rumahnya gagal berfungsi dan meminta ia dibaiki segera.

"Saya difahamkan, pemilik rumah ada datang membaiki kerosakan tersebut tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kebakaran berpunca daripada masalah berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan