Utusan Online - Mahkamah |
Saida tetap teruskan permohonan cerai Posted: Saida tetap teruskan permohonan ceraiOleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 18 Mac – Sikap yang mengongkong kerjaya sebagai artis dan tidak menghormati ayah mertua semasa hayatnya adalah antara dakwaan penyanyi Saida terhadap suaminya yang menjadi sebab artis tersebut mengemukakan permohonan bercerai secara baik. Perkara tersebut diberitahu oleh suami Saida sendiri, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, ketika ditanya oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd. Suhaily Rosdi berhubung permohonan yang dikemukakan oleh isterinya. Biarpun dianggap bersikap demikian, menurut Mohd. Ghazali yang pernah bekerja sebagai jurutera kaji bumi, perasaan cinta dan sayangnya terhadap Saida tidak pernah berubah. ''Saya cuba memperbaiki hubungan antara kami dengan berbincang dari hati ke hati, tetapi Saida selalu menyalahkan saya. ''Sebagai suami, saya cuba pulihkan rumah tangga. Saya cuba dapatkan khidmat kaunseling, bagaimanapun ia tidak berjaya kerana Saida tidak turut serta,'' keluh Mohd. Ghazali yang kini merupakan seorang ahli perniagaan. Tambahnya lagi, beliau bercadang untuk membawa Saida, 35, pergi menunaikan umrah untuk memulihkan hubungan mereka. Kemunculan Mohd. Ghazali buat pertama kali di mahkamah setelah kes ini disebut sebanyak tiga kali sebelum ini telah menyebabkan Mohd. Suhaily berkali-kali menegur lelaki tersebut. Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin turut disoal oleh Mohd. Suhaily yang bertanyakan sama ada beliau masih ingin meneruskan permohonan cerai secara baik. Artis kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam itu menyatakan, beliau tetap berhasrat meneruskan permohonan itu kerana dirinya tidak dapat lagi menerima Mohd. Ghazali. Ditanya oleh Mohd. Suhaily mengapa penyanyi berkenaan tidak dapat menerima suaminya yang dinikahi sejak 15 tahun lalu, Saida berkata: ''Sebab sikapnya yang menyakitkan hati saya.'' Mohd. Suhaily kemudian memutuskan agar Mohd. Ghazali dan Saida melantik dua wakil yang terdiri daripada saudara-mara terdekat bagi menganggotai hakam (penimbangtara). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Janda edar heroin ke tali gantung Posted: Janda edar heroin ke tali gantungSHAH ALAM 18 Mac - Seorang janda beranak satu warga Singapura dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar 372.4 gram dadah campuran heroin dan morfin, dua tahun lalu. Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Noor Atiqah M. Lasim, 27, (gambar) seorang pembantu di sebuah firma guaman dekat sini selepas tertuduh didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu. Dalam penghakimannya, Hakim Noor Azian berpendapat bahawa wanita terbabit mempunyai pengetahuan dan kawalan ke atas dadah tersebut. ''Tertuduh dalam pembelaannya menyatakan dadah di dalam beg itu bukan miliknya dan dia hanya membawa bagi pihak orang lain tanpa mengetahui isi kandungan beg itu. ''Pembelaan itu tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai oleh mahkamah kerana seseorang tidak akan membawa beg milik orang lain tanpa sebab,'' kata beliau. Noor Atiqah didakwa mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram morfin di mesin pengimbas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini pada pukul 6 pagi, 5 Januari 2009. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan