Malaysiakini :: Berita |
PKR dakwa bloger 'ditahan' tengah malam tanpa waran Posted: 18 Mar 2011 06:56 PM PDT Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR. Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi. "Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi. "Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu. Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap. Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Injil: Bincang jika tak puas hati, kata Ongkili Posted: 18 Mar 2011 05:36 PM PDT Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk cop "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" pada injil berbahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dinasihatkan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri. Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di kalangan gereja mengenai perkara itu, cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah pemimpin terbabit mengadakan perjumpaan dan perbincangan secara tertutup. "Mereka patut berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin (Tun) Hussein dan menggariskan butiran dan caranya. Lagi kurang diperkatakan secara terbuka adalah lebih baik," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam. Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara berkata kerajaan sentiasa menggunakan dialog dan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkaitan agama. "Sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Saya fikir perbincangan patut diadakan berikutan Hishammuddin sendiri telah bersetuju untuk berjumpa mereka sekali lagi minggu ini. Saya berdoa penyelesaian yang diterima majoriti ramai akan dicapai," katanya. Beliau mengulas keputusan kerajaan untuk cop 5,100 naskhah injil berbahasa Malaysia dengan perkataan "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" yang menurut Hishammuddin dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang niat untuk mencacatkan kitab suci kristian itu. --Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan