Isnin, 21 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Datuk palsu: SPRM tahan dua lelaki

Posted:

Datuk palsu: SPRM tahan dua lelaki

Datuk palsu: SPRM tahan dua lelaki

KUALA LUMPUR 21 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua individu dari Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus yang dipercayai terlibat mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk' kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.

Kedua-dua lelaki yang ditahan pada Disember tahun lalu itu telah dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Bagaimanapun, difahamkan, kedua-dua lelaki itu dipercayai masih melakukan aktiviti haram itu dengan menggunakan nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut pada minggu lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan dua lelaki terbabit. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dukacita dengan tindakan NGO itu yang diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran sejak tahun lalu.

Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed yang mengesahkan pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, menurut satu surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang diedarkan pihak Istana Kelantan pada sidang akhbar semalam, NGO yang ditubuhkan pada tahun 2009 itu telah dibatalkan pendaftarannya.

Pembatalan tersebut berkuatkuasa pada 10 Januari lalu setelah ia didapati melanggar syarat pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cedera diserang isteri

Posted:

Cedera diserang isteri

Cedera diserang isteri

KOTA BHARU 21 Mac – Akibat tidak pernah melawat isteri pertama dan lima anak mereka selepas berkahwin sekali lagi pada Januari lalu, seorang pekerja kilang cedera ringan akibat diserang dengan sebilah golok oleh isterinya itu ketika berada di rumah keluarga isteri keduanya.

Dalam kejadian di Kampung Pasir Tok Kambing di sini pukul 8 pagi ini, mangsa bernasib baik apabila hanya mengalami calar di dahi selepas berjaya menepis serangan wanita itu yang berusia 31 tahun dan bekerja sebagai guru kelas Fardu Ain.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang enggan namanya disiarkan membuat laporan di Balai Polis Binjai pukul 9 pagi ini sebelum memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Syariah.

"Isteri pertama saya muncul di rumah keluarga isteri kedua dan cuba menetak saya dengan sebilah golok. Saya sempat memegang tangannya dan merampas parang tersebut.

"Pergelutan berlaku hampir 15 minit sebelum dileraikan oleh ahli keluarga isteri kedua saya yang bergegas naik ke rumah selepas terdengar bunyi bising," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah di sini.

Menurut lelaki itu, dia yang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur tinggal bersama isteri keduanya yang berusia 19 tahun selepas mengahwininya Januari lalu.

Dia mendakwa, isteri pertamanya juga seorang yang sangat cemburu dan panas baran. Dia terpaksa meninggalkan isteri pertamanya itu selepas berkahwin kali kedua kerana tidak tahan dengan sikapnya.

Malah, katanya, dia juga sudah jauh hati untuk pulang ke pangkuan isteri pertama selain nekad untuk memfailkan penceraian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan