Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


38 tan minyak masak dirampas

Posted:

38 tan minyak masak dirampas

38 tan minyak masak dirampas


KILANG haram yang digunakan untuk menjual minyak masak kitar semula di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang,


KUALA LUMPUR 5 Mac - Selama ini, pengguna yang membeli minyak masak di Lembah Klang begitu yakin bahawa bahan makanan dibeli itu adalah tulen.

Namun, hakikatnya ada pembeli yang tertipu gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab sebuah kilang haram di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang dekat sini, yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui kegiatan menjual minyak masak kitar semula.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu akhirnya terbongkar setelah pegawai penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu premis haram terbabit, semalam.

Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Mohd. Hashim Mat Daud berkata, beliau bersama lapan pegawainya menyerbu kilang terbabit selepas mendapat maklumat ia menjalankan kegiatan mengumpul minyak masak terpakai untuk di kitar semula.

Beliau berkata, minyak masak terpakai yang siap dibersih akan dicampur dengan minyak asli sebelum dibungkus menggunakan pelbagai jenama termasuk jenama terkenal untuk dijual di pasaran Lembah Klang.

Selain itu, kata Mohd. Hashim, pihaknya terpaksa mengejar sebuah lori tangki sejauh kira-kira lapan kilometer setelah pemandunya cuba melarikan diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kematian Devaraju tiada unsur jenayah

Posted:

Kematian Devaraju tiada unsur jenayah

Kematian Devaraju tiada unsur jenayah

KUALA LUMPUR 5 Mac – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian Lans Koperal N. Devaraju, 29, yang terlibat dalam kemalangan di Taman Desa Jaya, Gombak, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, hasil siasatan dijalankan pihaknya mendapati punca kematian Devaraju adalah akibat lemas.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa wujud unsur khianat melibatkan motosikal ditunggang mendiang ketika kemalangan.

"Kita telah menjalankan siasatan setelah ahli keluarga mendiang meminta menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa semasa kejadian motosikal mendiang tidak rosak.

"Hasil siasatan, kita dapati tidak wujud unsur jenayah dalam kes kemalangan itu dan disahkan Devaraju mati akibat lemas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes kematian Devaraju yang terlibat dalam nahas jalan raya di Taman Desa Kepong.

Polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kematian Devaraju ekoran permintaan daripada ahli keluarganya yang berasa curiga kemalangan menimpa mangsa mungkin mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan