Isnin, 21 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


SPR terima RM45 juta untuk Sarawak

Posted:

SPR terima RM45 juta untuk Sarawak

SPR terima RM45 juta untuk Sarawak

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Wan Ahmad Wan Omar


KUALA LUMPUR 20 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima peruntukan RM45 juta daripada Kementerian Kewangan untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu adalah seperti mana yang dipohon dan meningkat sebanyak RM15 juta berbanding pilihan raya negeri pada 2006 berikutan kadar sewa pelbagai jenis logistik semakin meningkat terutama kos pengangkutan.

"Untuk pengangkutan, SPR menyediakan lebih 20 buah helikopter yang turut disewa dari Indonesia dan Filipina, 300 pacuan empat roda dan 1,000 buah sampan untuk membawa petugas dan peralatan terutama di kawasan pedalaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya kali-10 negeri itu diadakan.

Wan Ahmad menambah, pengendalian pilihan raya negeri Sarawak adalah satu tugas besar dan mencabar kerana melibatkan kawasan amat luas, lebih luas berbanding Semenanjung Malaysia dan persediaannya adalah berbagai-bagai.

Bagaimanapun beliau berkata, SPR telah bersiap sedia mengendalikan pilihan raya negeri dan akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini di Kuching untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya negeri tersebut.

Mengulas kemungkinan pembawaan budaya politik agresif dari Semenanjung ke Sarawak terutama oleh pembangkang, beliau berkata, SPR dan pihak polis menjangkakan keadaan sedemikian akan berlaku.

Sehubungan itu, Wan Ahmad mengingatkan kepada semua pemimpin parti-parti politik supaya memahami dan menghormati tata tertib berkempen seperti telah dinyatakan dalam buku SPR.

"Setiap pilihan raya perlu dihadapi dengan tertib dan bersopan bukan melalui budaya berkempen yang ganas kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dan mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis mampu kawal situasi

Posted:

Polis mampu kawal situasi

Polis mampu kawal situasi

KUCHING 20 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri yakin dengan kemampuan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal situasi bagi menghadapi pilihan raya negeri kelak.

Pengarahnya, Datuk Takun Sunggah berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada usaha membawa masuk budaya politik agresif dan keterlaluan dari Semenanjung oleh pihak tertentu.

"Bagaimanapun kita yakin pilihan raya kali ini akan berjalan lancar dan terkawal. Kejadian di Sibu dulu berlaku kerana ia merupakan pilihan raya kecil, jadi semua pihak tertumpu di situ.

"Langkah berjaga-jaga akan diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang sehingga menyusahkan semua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Abdul Taib ketika mengumumkan perkara itu turut menyerahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari membuang undi.

Dalam pada itu, Takun mengingatkan semua pihak agar mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

"Kehadiran orang luar atau 'jembalang' dan sebagainya adalah di luar bidang kuasa kami. Paling penting semua pihak perlu memberi kerjasama kepada SPR dan polis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jepun ucap terima kasih

Posted:

Jepun ucap terima kasih

Jepun ucap terima kasih

KOTA KINABALU 20 Mac - Kerajaan Jepun merakamkan penghargaan ke atas rakyat dan kerajaan Malaysia atas kesudian memberi bantuan kepada negara matahari terbit itu ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.

Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie berkata, pengorbanan dan sikap persahabatan yang ditunjukkan oleh negara ini kepada Jepun dalam mengharungi ujian getir tersebut sangat dihargai.

Katanya, kerajaan Jepun menghargai segala bantuan dan rasa simpati yang dihulurkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ucapan simpati, takziah dan galakan yang diberikan kepada rakyat Jepun dalam mengharungi malapetaka tersebut," katanya di Universiti Malaysia Sabah hari ini.

Horie berkata, Jepun telah menerima bantuan serta sumbangan daripada beberapa buah syarikat dan kumpulan perniagaan di negara ini, termasuk Maybank, Kumpulan YTL, Kumpulan Tan Chong serta beberapa buah restoran makanan Jepun di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan