Isnin, 21 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kenduri asam pedas 1Malaysia

Posted:

Kenduri asam pedas 1Malaysia

Kenduri asam pedas 1Malaysia

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my


RAIS Yatim (dua dari kiri) bersama Mohd. Ali Rustam menikmati hidangan asam pedas pada Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia di Pengkalan Samak, Merlimau, kelmarin.


JASIN 20 Mac - Kebiasaannya pekarangan rumah milik sepasang suami isteri di Pengkalan Samak, Merlimau di sini meriah dengan majlis kenduri dan kegiatan gotong-royong bagi meraikan keluarga mereka, saudara mara dan penduduk sekitar kampung berkenaan.

Namun, keadaan sedikit istimewa baru-baru ini apabila pekarangan rumah milik Wan Syed Hashim Wan Mohammad, 63, dan isteri, Zainah Cheku, 57, menerima kunjungan hampir 1,000 tetamu pelbagai kaum sempena program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia Melaka.

Tetamu yang datang pada 'Kenduri Asam Pedas' anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan calang-calang orang kerana ada di kalangan mereka merupakan pemimpin berjiwa seni dan terkenal dengan caranya yang memartabatkan kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tidak ketinggalan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut berkunjung bagi memeriahkan kenduri bercorak 1Malaysia itu.

Tanpa mengira penduduk Melayu, India dan Cina, tiada kerusi dan meja disediakan untuk para tetamu bagi menikmati hidangan itu sebaliknya mereka makan bersila termasuk tetamu kehormat iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Mungkin jika dilihat pada mata kasar mereka kelihatan kekok, namun semangat 1Malaysia ternyata tidak menjadi penghalang semua masyarakat di sini berhimpun bagi memeriahkan 'Kenduri Asam Pedas' yang sememangnya cukup sinonim dengan nama negeri Hang Tuah ini.

Berbalik kepada keistimewaan masakan itu, sebut sahaja asam pedas pastinya terbayang dalam fikiran tentang masakan istimewa negeri Hang Tuah ini.

Dengan hidangan yang diberikan secara percuma, program anjuran kementerian itu menyediakan tiga jenis gulai asam pedas iaitu ikan pari, ikan parang dan tetel.

Sambil menikmati hidangan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dondang sayang.

Rais ketika berucap berkata, kehadiran rakyat pelbagai kaum menikmati masakan tradisi masyarakat Melayu secara bersila jelas membuktikan kesepakatan pelbagai kaum di negara ini.

"Keadaan ini juga menunjukkan perjuangan 1Malaysia kita selama ini sudah berkesan di hati masyarakat. Ia dapat dilihat dari segi keramaian, gotong-royong dan penglibatan masyarakat pada malam ini," katanya.

Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' yang bermula pukul 8 malam itu mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung berkenaan.

Bagi Wan Syed Hashim, walaupun hanya mengetahui program berkenaan akan diadakan di rumahnya kira-kira dua minggu lalu, dia langsung tidak berasa bimbang program itu tidak dapat dijayakan.

"Rumah saya sering dijadikan lokasi aktiviti masyarakat di sini. Dalam setiap aktiviti, penduduk kampung akan bergotong-royong membantu saya. Asam pedas ini juga dimasak secara gotong-royong membabitkan penduduk kampung dan ahli keluarga saya," katanya.

Zainah yang dipertanggungjawabkan memasak asam pedas dan lauk-pauk untuk tetamu berkata, sejak pagi kelmarin penduduk kampung termasuk keluarganya bersama-sama membuat persiapan bagi memasak hidangan itu.

"Selain asam pedas kami juga menyediakan ikan sepat masak kuning. Berkat gotong-royong, semua hidangan ini berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program eratkan hubungan pelbagai kaum

Posted:

Program eratkan hubungan pelbagai kaum

Program eratkan hubungan pelbagai kaum

JASIN 20 Mac - Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' mendapat pujian pelbagai lapisan masyarakat di Pengkalan Samak di sini.

Orang ramai menyifatkan program yang julung-julung kali diadakan itu berjaya menarik minat masyarakat berbilang kaum selaras dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pesara, K. Mahdhavan, 78, berkata, dia teruja semua lapisan masyarakat hadir dan masing-masing menikmati masakan asam pedas.

Menurutnya, program itu dilihat dapat menjalinkan hubungan lebih rapat di kalangan penduduk di sekitar Pengkalan Samak.

"Saya harap program ini tidak terhenti setakat ini tetapi lebih elok jika diadakan sebulan sekali kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini.

Bagi pesara, Hassan Saad, 62, program 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri melihat pada hubungan mesra pelbagai kaum dalam sebuah majlis serta mendekatkan masyarakat dengan pemimpin.

"Pemimpin yang datang duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya.

Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, berkata, program itu membuktikan masyarakat di negara ini hidup aman dan damai walaupun berlainan agama.

Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin.

"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Masyarakat berlainan bangsa dapat menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya.

Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat.

"Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri.

"Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya.

Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

''Saya harap program ini diteruskan dan peluang patut diberikan untuk orang India pula menyediakan masakan bagi dirasai oleh semua masyarakat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu selesai masalah rakyat

Posted:

Bantu selesai masalah rakyat

Bantu selesai masalah rakyat

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 20 Mac - Pemimpin parti dan masyarakat di negeri ini hendaklah melihat permasalahan rakyat sebagai denyutan nadi bersama serta tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang janggal sehingga diabaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, permasalahan yang dihadapi oleh rakyat itu sebenarnya merupakan satu peluang kepada kita semua untuk menunjukkan rasa tanggungjawab tinggi, sekali gus memperlihatkan kesungguhan kerajaan membantu golongan yang memerlukan.

''Rakyat akan suka pada kita, jika masalah yang diluahkan itu dapat diselesaikan segera.

''Jangan masalah yang diluahkan itu diperam sampai bertahun dan ini akan menyebabkan rakyat tidak yakin dengan keikhlasan kerajaan," katanya di sini semalam.

Mohamad menjelaskan, semua pemimpin sama ada parti, masyarakat mahupun kerajaan hendaklah mempunyai kemampuan untuk mentelaah mana-mana isu berbangkit dan melihat di mana yang perlu didahulukan.

''Tiada simpul yang tidak boleh dileraikan. Saya selalu memandang permasalahan rakyat sebagai sesuatu yang positif dan tidak pernah memandang masalah itu sebagai beban," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak bahawa dengan menyelesaikan masalah yang diluahkan rakyat, maka pulangan yang diperoleh kerajaan amat besar sekali, di mana akan terkeluarlah dari mulut mereka mengatakan kerajaan buat kerja, pemimpin itu rajin bekerja.

''Selaku pemimpin kita mesti mempunyai daya dan deria pendengaran yang amat tinggi.

''Jangan terlalu cepat menepis pandangan rakyat. Mereka belum habis bercakap, kita sudah mengelak.

''Kita mesti dengar hujah mereka sekurang-kurangnya 50 peratus kerana itu merupakan luahan hati yang telah terpendam," kata Mohamad.

Justeru Mohamad mengingatkan semua pemimpin di negeri ini agar sama-sama bergelumang dengan masyarakat serta mengetahui hingga ke akar umbi apa yang dimahukan mereka.

''Malanglah kalau pemimpin yang ada ini tidak berfungsi dengan baik. Jambatan yang dibina antara rakyat dan kerajaan roboh di tengah jalan. Akibatnya masalah rakyat di peringkat akar umbi tidak dapat disalurkan dengan berkesan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan