Utusan Online - Dalam Negeri |
- Skim Rumah Pertamaku tidak sebab krisis subprima
- SPNB komited pastikan Skim Rumah Pertamaku capai sasaran
- Ubah syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku
Skim Rumah Pertamaku tidak sebab krisis subprima Posted: Skim Rumah Pertamaku tidak sebab krisis subprimaKUALA LUMPUR 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pelancaran Skim Rumah Pertamaku tidak akan menyebabkan krisis subprima di negara ini seperti yang berlaku ke atas banyak institusi perbankan di Amerika Syarikat (AS) hujung tahun lalu. Perdana Menteri menjelaskan, ini kerana skim pinjaman buat para pembeli rumah di bawah skim itu akan diluluskan secara sistematik dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dengan rapi. Katanya, kaedah itu amat berbeza dengan syarat-syarat longgar yang diamalkan oleh institusi perbankan di negara kuasa besar berkenaan. "Mereka (institusi perbankan di AS) tidak mengambil kira kemampuan para peminjam untuk membayar balik dan meluluskannya (pinjaman) secara berlebihan dengan cara tidak bertanggungjawab," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini hari ini. Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan melancarkan Skim Rumah Pertamaku bagi memberi peluang kepada golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk membeli kediaman pertama mereka berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Di bawah skim itu, para pembeli tidak perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti amalan institusi perbankan tempatan selama ini. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihak yang terlibat dalam projek penggalian kuari (rare earth-nadir bumi) di Kuantan telah memastikan semua aspek keselamatan diambil kira. Hari ini, portal propembangkang iaitu The Malaysian Insider melaporkan pendedahan akhbar New York Times mengenai hasrat sebuah syarikat perlombongan Australia untuk melombong di Kuantan untuk hasil besi. |
SPNB komited pastikan Skim Rumah Pertamaku capai sasaran Posted: SPNB komited pastikan Skim Rumah Pertamaku capai sasaranPUTRAJAYA 9 Mac - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) komited untuk memastikan Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri tercapai sebelum hujung tahun ini. Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) itu mempunyai lebih 11,000 unit rumah berharga RM200,000 ke bawah yang siap dibina di seluruh negara. Pada masa sama, kata beliau, pihaknya juga kini sedang membina lebih 3,000 unit rumah yang sama di seluruh negara dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini. Justeru, katanya, SPNB akan mewujudkan pusat sehenti bagi memudahkan bakal pembeli berurusan dengan bank yang terbabit tidak lama lagi. "Kita akan wujudkan di setiap kempen beli rumah SPNB dan juga pejabat cawangan di seluruh negara. "SPNB sedia menjadi pelengkap kepada niat murni kerajaan untuk memastikan golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah memiliki harta kekal. "Ia juga sejajar dengan usaha SPNB selama ini yang mahu golongan muda atau pasangan baru kahwin memiliki rumah sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah. Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana. Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ubah syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku Posted: Ubah syarat kelayakan Skim Rumah PertamakuKUALA LUMPUR 9 Mac – Pelancaran Skim Rumah Pertamaku oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dianggap sebagai bukti bahawa kerajaan sangat peka tentang keperluan rakyat. Bagaimanapun, ramai yang mencadangkan agar had umur dan harga rumah yang ditawarkan itu diperluaskan supaya skim tersebut dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati rata-rata mereka yang ditemui berasa gembira terhadap keprihatinan kerajaan itu tetapi berharap agar syarat kelayakan untuk menyertai skim itu diperluaskan lagi. Pekerja swasta, Shahruddin Hashim, 54, berpendapat, kerajaan perlu mengkaji semula skim tersebut terutamanya pada syarat umur yang layak menerimanya kerana ramai di antara rakyat negara ini tidak memiliki rumah walaupun sudah berumur lebih 35 tahun. "Golongan yang berumur di atas 35 tahun kebanyakannya sudah mempunyai keluarga dan amat memerlukan sebuah rumah sendiri. "Jika syarat kelayakan ini dipinda untuk mereka berumur 45 ke bawah, insya-Allah ia akan memberi makna yang besar kepada mereka," katanya. Jelas Shahruddin, golongan di atas umur 35 tahun itu merupakan golongan yang memikul tanggungjawab paling besar bagi memastikan institusi kekeluargaan mereka kukuh terutamanya dalam menyediakan keperluan terbaik untuk keluarga. Katanya, antara keperluan itu adalah untuk memberi anak-anak mereka pelajaran yang berkualiti, menyediakan tempat tinggal yang selesa dan lain-lain. Pekerja bank, Nurul Syuhada Mohd. Zohdi, 25, pula mencadangkan supaya tawaran skim tersebut untuk rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 dinaikkan kerana harga rumah di negara ini terutamanya di ibu kota adalah sangat mahal. "Harga rumah di Kuala Lumpur adalah tinggi. Saya cadangkan supaya syarat lingkungan harga rumah itu dinaikkan ke RM250,000 bagi membuka peluang kepada orang ramai memiliki rumah di sini," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan