Harian Metro: Mutakhir |
Polis Pulau Pinang kutip saman RM24 juta Posted: 10 Mar 2011 12:27 AM PST GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengutip RM24 juta bayaran saman daripada pesalah trafik selepas polis mengumumkan insentif 50 peratus diskaun sejak Ogos lalu. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya turut mencatatkan pertambahan luar biasa mereka yang ingin membayar saman iaitu dengan purata 500 hingga 600 orang sehari pada waktu bekerja.
Ayub berkata, sejak 2001 hingga 2010, hanya 57 peratus daripada 3.7 juta saman yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang telah dijelaskan.
|
Lelaki bebas tuduhan dadah dinasihat taubat Posted: 09 Mar 2011 11:38 PM PST SHAH ALAM: Seorang lelaki yang bekerja sendiri dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan mengedar dadah, tahun lepas. Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Muhamad Aizat Abdul Manab, 26.
"Dalam kes ini, pihak pendakwaan boleh menuduh kedua-dua ibu bapa awak tetapi tidak berbuat demikian. Maka itu, awak bernasib baik dan perlu bertaubat," katanya ketika memberikan keputusannya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan