Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kami peminat bahasa Melayu – Peserta PABM

Posted:

Kami peminat bahasa Melayu – Peserta PABM

Kami peminat bahasa Melayu – Peserta PABM

KUALA LUMPUR 5 Mac – Selepas terbaca artikel mengenai keindahan pantai di Pulau Langkawi dan Pulau Redang, seorang pelajar dari China, Guo Zi Tong berazam mempelajari bahasa Melayu dan melawat Malaysia untuk mendalami budaya masyarakatnya.

Selepas kira-kira empat tahun, Zi Tong atau nama Melayunya, Zaharah kini boleh berbangga kerana bukan sahaja mampu bertutur bahasa Melayu dengan fasih, malah akan mewakili negaranya untuk mempertahankan kejuaraan dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011.

"Selain gemar bahan bacaan dalam bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaannya, saya turut bergaul dengan penuntut Melayu yang melanjutkan pelajaran ke China.

"Saya juga menggemari lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan lagu kegemaran saya ialah Bukan Cinta Biasa yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Zi Tong merupakan salah seorang daripada 60 peserta PABM yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 8 Mac hingga 11 Mac ini.

Zi Tong menjangkakan persaingan yang amat sengit dalam PABM 2011 kerana semua peserta telah menguasai bahasa Melayu dengan amat baik.

"Saya tidak yakin untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi rakan senegara pada tahun lalu. Semua peserta hebat-hebat belaka," katanya.

Peserta dari Perancis, Florian Sarboni pula berkata, mencari kemenangan bukan tujuan utamanya menyertai PABM.

"Saya lebih berminat untuk mendalami khazanah budaya yang terdapat di Malaysia. Saya berharap pengalaman menyertai pertandingan ini akan membantu saya menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik," katanya.

Sementara itu, pemidato dari Jepun, Nozomi Kurahashi berkata, pengalaman paling menarik ketika belajar bahasa Melayu ialah apabila berpeluang tinggal bersama keluarga angkat di Batu Pahat, Johor.

"Saya amat bernasib baik kerana berpeluang menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia dan tinggal bersama keluarga angkat di kampung. Saya amat menggemari masakan kampung khususnya sambal belacan dan tempoyak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPM

Posted:

Kenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPM

Kenaikan harga bukan disebabkan dasar BN – TPM

JASIN 5 Mac – Kenaikan harga barang-barang keperluan kini dialami di kebanyakan negara-negara seluruh dunia, termasuk Malaysia dan ia bukan disebabkan oleh dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu berpunca dari faktor penawaran dan permintaan yang menentukan harga pasaran.

Menurut beliau, semua ini berlaku kerana perubahan iklim dan pemanasan global yang menyebabkan pengeluaran bawang di India dan Pakistan yang merupakan pengeksport bahan itu ke negara ini terjejas akibat banjir.

Katanya, keadaan itu juga menjejaskan pengeluaran daging dunia di Queensland, Australia dan sekali gus mendorong peningkatan harga.

"Kedua-duanya negara ini misalnya merupakan pengeksport utama barang berkenaan ke negara ini, justeru peningkatan harga tidak dapat dikawal.

"Namun keutamaan kerajaan kita ialah bukan kerana soal peningkatan harga barang tetapi memikirkan bagaimana caranya untuk meningkatkan pendapatan rakyat termasuk petani dan penternak.

"Secara holistiknya, kita mahu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian sekali gus menjamin pendapatan tinggi rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis ramah mesra dengan petani, penternak dan nelayan di Dewan Datuk Ahmad Ithnin di Merlimau Pasir di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negara

Posted:

Tiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negara

Tiga kes terbaru positif H1N1 seluruh negara

KUALA LUMPUR 5 Mac – Sebanyak tiga kes disahkan positif Influenza A (H1N1) hari ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 26 kes.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, sementara itu, bilangan kes gejala penyakit serupa Influenza (ILI) pula berjumlah 243, manakala bilangan yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal seramai tiga orang.

Dalam pada itu, katanya, hanya satu kes kluster ILI dilaporkan dikesan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini dengan 22 kes ILI diberi rawatan sebagai pesakit luar.

"Di Sungai Long pula hanya satu kes ILI menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Kajang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rosnah menasihatkan orang ramai supaya membudayakan amalan membersihkan diri dengan mengikuti tujuh langkah mencuci tangan seperti yang dipaparkan pada iklan televisyen Kementerian Kesihatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan