Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Mar 2011 12:05 PM PST KEMAMAN: Kegembiraan lima rakan sekolej berkelah dan mandi-manda di sebuah kawasan perkelahan di Jeram Tanduk, dekat Kampung Air Putih, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai dihanyutkan arus deras dan lemas di jeram berkenaan. Abdul Aziz Zulkifli, 19, pelajar kolej swasta di daerah ini, dikatakan bertolak dari rumah sewa mereka di Bandar Chukai bersama empat lagi rakan mereka untuk berkelah buat kali pertama di jeram berkenaan dan tiba kira-kira jam 4 petang kelmarin.
"Sempena cuti hujung minggu ini, kami merancang datang berkelah di sini dan bertolak petang kelmarin dan tiba di lokasi perkelahan kira-kira jam 4 petang.
Katanya, mereka yang terkejut dengan kejadian itu terus berusaha keluar dari kawasan perkelahan yang jaraknya hampir 10 kilometer dari rumah penduduk bagi mendapatkan bantuan orang awam dan menghubungi Balai Polis Air Putih.
"Kami tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7 malam dengan kekuatan anggota seramai 12 orang bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat walaupun terpaksa menempuh sedikit kesukaran kerana air jeram terlalu deras.
|
Kawal ubat ‘bunuh diri’ Posted: 05 Mar 2011 11:41 AM PST KELANA JAYA: Berperanan sebagai ubat penahan sakit yang mudah diperoleh tetapi ia boleh membunuh. Sehubungan itu, kerajaan diminta mengharamkan penjualan sejenis ubat tahan sakit di farmasi melebihi 10 biji bagi mengelak ia dijadikan bahan membunuh diri. Ketua Unit Intervensi dan Sokongan Keluarga bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Zuraida Ahmad Sabki berkata, penjualan ubat berkenaan secara berleluasa memberi ruang lebih besar kepada individu yang ingin membunuh diri meneruskan hasrat mereka.
"Mereka yang ingin membunuh diri makan pil berkenaan tetapi jika dimakan sekali gus, mereka akan muntah. Kadangkala mereka bukan mahu mati, tetapi mahu melegakan tekanan," katanya selepas menyampaikan kertas kerja di Seminar Kenali Anak Kita (KAK) Zon Tengah, di sini, semalam.
Dalam satu kes, seorang gadis berusia 22 tahun menelan 100 biji pil penahan sakit yang diminum dengan sejenis minuman berkarbonat kerana kecewa dengan hidupnya.
"Pil yang ditelan tidak dapat dikeluarkan kerana dia menelannya satu demi satu. Pengambilan ubat berkenaan dalam dos berlebihan menyerap dalam tubuh, menyebabkan ketoksidan hati dan matanya kuning," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan