Rabu, 2 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


RM6.4b kos pembangunan sekolah

Posted:

RM6.4b kos pembangunan sekolah

RM6.4b kos pembangunan sekolah

Oleh YUSRI SAHAT dan MUHAMMAD NIZAM ABDUL HAMID
utusanpahang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin bersalam dengan sebahagian warga pendidik dan ibu bapa yang hadir pada majlis Permuafakatan PIBG Parlimen Kuala Krau di Kerdau, Pahang, semalam. Turut hadir Adnan Yaakob dan calon Barisan Nasional DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. - Utusan/Mahathir Ali


KUALA KRAU 1 Mac - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan sekolah di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kos itu tidak termasuk perbelanjaan mengurus yang melibatkan pembayaran gaji tenaga pengajar dan pegawai akademik yang berjumlah RM26 bilion.

"Usaha-usaha akan diteruskan bagi memenuhi kehendak ibu bapa yang mahukan sistem pendidikan berkualiti yang disediakan kerajaan," katanya.

Beliau berucap ketika mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik dan jawatankuasa permuafakatan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) Parlimen Kuala Krau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha yang dilaksanakan itu bagi memastikan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju.

Kerajaan juga, jelas beliau, akan memperkasakan lagi bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan bahasa Inggeris dengan membina lebih banyak makmal di sekolah-sekolah seluruh negara.

''Setakat ini, kerajaan telah membina makmal bahasa Inggeris di 700 sekolah di seluruh negara. Mungkin bilangannya tidak mencukupi dan sekolah yang mempunyai makmal akan berkongsi dengan sekolah lain," katanya.

Sepanjang tahun lalu juga, Muhyiddin memberitahu, kerajaan membina sebanyak 1,000 bilik darjah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Beliau turut sekali lagi mengumumkan sebanyak 23 sekolah akan dinaik taraf menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan belum menetapkan tempoh tertentu untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi.

Ini kerana kata beliau, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum sistem persekolahan seumpama itu dapat dilaksanakan.

''Sistem persekolahan satu sesi itu memang objektif kita. Pada masa ini, kira-kira 60 peratus daripada sekolah rendah telah melaksanakan sistem tersebut tetapi sekolah menengah masih kurang," jelasnya.

Menurut beliau, bagi melaksanakan sistem tersebut, kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah dan guru.

''Kita masih belum pasti bila kita akan dapat melaksanakan sistem ini," katanya.

Muhyiddin menolak andaian kegagalan kerajaan melaksanakan sistem persekolahan satu sesi akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.

''Banyak faktor yang menyebabkan berlaku gejala sosial seperti kurang kasih sayang dan didikan agama, bukan sistem persekolahan satu sesi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia mampu sedia KPO setanding India

Posted:

Malaysia mampu sedia KPO setanding India

Malaysia mampu sedia KPO setanding India

CYBERJAYA 1 Mac - Malaysia mampu menyediakan perkhidmatan penyumberan luar proses pengetahuan (KPO) setanding dengan India iaitu negara peneraju pasaran tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mempunyai kos tenaga kerja yang kompetitif, lulusan universiti yang ramai daripada pelbagai budaya serta fasih dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris.

"Dalam jangka panjang, kumpulan bakat Malaysia sepatutnya mampu melakukan kerja-kerja seperti penyelidikan pasaran, analisis data perniagaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Kemampuan bakat KPO Malaysia boleh dizahirkan dengan menarik syarikat selain daripada bidang teknologi maklumat (IT) seperti perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logistik melabur di negara ini," katanya ketika berucap merasmikan pusat khidmat Advanced Micro Devices (AMD) Global Services (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Kanan Kawalan Korporat AMD, Devinder Kumar.

Menurut Muhyiddin, kos dan kualiti prasarana telekomunikasi akan bertambah baik dengan adanya inisiatif jalur lebar yang digerakkan oleh kerajaan.

Jelasnya, faktor utama kejayaan Malaysia dalam sektor KPO adalah kualiti kumpulan bakatnya yang berupaya melangkaui bidang IT terutama R&D kejuruteraan seperti khidmat kewangan.

AMD merupakan penginovasi reka bentuk semikonduktor yang menerajui era baru pengalaman digital melalui Unit Pemprosesan Pecut (APU) AMD fusion terkini.

Syarikat itu turut menerajui bidang grafik dan teknologi pengkomputeran dengan AMD menggerakkan pelbagai peranti termasuk komputer peribadi, konsol permainan dan komputer berkuasa tinggi yang memacu Internet dan perniagaan.

Sementara itu Devinder berkata, AMD berhasrat menjadi peneraju perkembangan segmen pasaran.

"Perkhidmatan global AMD akan melayani dan menyokong rangkaian global dalaman kami dalam bidang-bidang seperti kewangan dan perakaunan, teknologi maklumat, sumber manusia, perolehan dan perkhidmatan perniagaan yang lain.

"Pasukan kami juga akan memungkinkan transformasi perniagaan menerusi perkhidmatan berdasarkan pengetahuan seperti pengurusan projek dan rekayasa semua proses perniagaan R&D aplikasi," katanya.

Beliau menambah, AMD telah melakar sejarah yang panjang dan membanggakan di Malaysia sebagai sebuah syarikat elektronik perintis serta mengasaskan operasi pemasangan semikonduktor sejak hampir 40 tahun lalu.

Menurutnya, pusat khidmat berkenaan merupakan yang pertama milik AMD yang mempunyai tiga rangkaian di negara ini.

Pusat khidmat tersebut meletakkan AMD sebagai satu-satunya syarikat global yang mempunyai operasi global kewangan dan perakaunan yang bersepadu sepenuhnya di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin ajak rakyat bantu kekalkan kecemerlangan

Posted:

Muhyiddin ajak rakyat bantu kekalkan kecemerlangan

Muhyiddin ajak rakyat bantu kekalkan kecemerlangan

KUALA KRAU 1 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh rakyat bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan pencapaian cemerlang yang sedang dinikmati oleh negara ketika ini.

Kata Timbalan Perdana Menteri, sokongan itu perlu dilihat atas semangat saling menolong antara satu sama lain termasuk dalam konteks rakyat dan kerajaan.

''Anggaplah dukungan itu sebagai kerja amal kerana kita berada pada situasi yang elok dan landasan yang jelas untuk membawa pembangunan dan kejayaan kepada seluruh rakyat,'' katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Mukim Jenderak dan Lipat Kajang di Masjid Kampung Kuala Tekal, Kerdau di sini malam ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Abdul Latiff Ahmad dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Terdahulu, Muhyiddin menyertai tahlil dan bacaan Yasin serta mengimamkan solat Isyak bersama kira-kira 100 jemaah di masjid berkenaan.

Muhyiddin menambah, rakyat juga perlu menilai tindak-tanduk pembangkang yang meletakkan negara dalam keadaan lemah dan berpecah-belah sehingga memudahkan pihak lain membuat tuntutan yang tidak sepatutnya.

Beliau turut berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton di Washington baru-baru ini yang kagum dengan pencapaian dinikmati Malaysia.

''Rasa kagum beliau itu berteraskan kepada tiga faktor utama iaitu kerana suburnya semangat demokrasi di negara ini, kerajaan yang efektif dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

''Malangnya pembangkang pula cuba menafikan kejayaan dan kemajuan yang dikecapi oleh negara termasuk dari sudut ekonomi sedangkan negara luar telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh,'' katanya.

Kerana itu kata Muhyiddin, rakyat termasuk pengundi di Kerdau perlu memberikan sokongan kepada BN dalam memastikan kesinambungan perjuangan dan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan kepada penduduk di sini khususnya serta seluruh rakyat amnya.

Sokongan itu juga kata beliau, berdasarkan pemerhatian kerajaan di Kerdau yang masih memerlukan pembangunan pesat dari sudut perniagaan, perindustrian dan penglibatan masyarakat bumiputera supaya dapat menjana pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

''Walaupun pilihan raya di DUN Kerdau adalah pilihan raya kecil, namun ia membawa pengertian dan signifikan yang besar,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan