Harian Metro: Mutakhir |
Nokia E7 masuki pasaran negara hujung minggu ini Posted: 02 Mar 2011 01:45 AM PST KUALA LUMPUR: Nokia akan melancarkan telefon pintar bisnes terbaru, Nokia E7, berharga RM1,995 pada hujung minggu ini. Pengurus Besar Nokia Malaysia, Singapura dan Brunei, Vlasta Berka, berkata Nokia E7 akan ditawarkan bersama pakej menarik menerusi Maxis dan Celcom. Katanya, telefon itu telah direka cipta sebagai pejabat bergerak yang berkuasa, menyediakan penyelesaian produktiviti utama bagi profesional.
Siri Nokia E7 dilancarkan di Singapura dan Indonesia pada minggu lepas.
|
30,000 DVD permainan bernilai RM300,000 dirampas Posted: 02 Mar 2011 01:14 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang asyik membungkus sebahagian daripada 30,000 DVD bernilai RM300,000 ditahan dalam serbuan di Taman Bilion, Cheras di sini, semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan, Mokhtar Yeop berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan selepas intipan selama dua minggu di rumah sewanya.\ "DVD yang dibungkus semula itu dipercayai datang dari gudang atau kilang dan untuk dijual secara runcit ke premis kecil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan