The Malaysian Insider :: Bahasa |
Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishammuddin Posted: 21 Mar 2011 12:46 AM PDT Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan. "Kita tak boleh nak ambil tindakan selagi tiada laporan polis dibuat. "Tapi siapa yang terlibat kena berani dan jawab, sesiapa yang rasa dianiaya buatlah laporan polis," katanya pada sidang media. Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya. "Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini (video seks) pagi tadi, saya tak tahu siapa dan apa butirannya. "Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini. Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu. "Apa yang boleh saya tegaskan bahawa polis tidak terlibat dalam apa jua kegiatan untuk merekod video itu. "Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya. Jelas beliau, sekiranya benar individu tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka rakyat akan menilai dan menghukum tindakan individu tersebut. Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media. Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini. Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai "Datuk T". Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut. Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar Posted: 21 Mar 2011 12:17 AM PDT "Ini (rakaman) video Anwar yang direka," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. "Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider. Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, "beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi." Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya "Datuk T" mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China. Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini. Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya. Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan. Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin. Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA. Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks. "Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu. Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan