The Malaysian Insider :: Bahasa |
MB Selangor: BN usah pertikai, kami sudah laksana Buku Jingga Posted: 02 Mar 2011 12:58 AM PST SHAH ALAM, 2 Mac – Tan Sri Khalid Ibrahim menangkis serangan Barisan Nasional (BN) kononnya pakej Buku Jingga tidak realistik atas alasan inisiatif-inisiatif digariskan adalah berdasarkan polisi dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dengan merujuk kepada air percuma 20 meter padu yang diberikan kepada rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur meskipun berhadapan dengan pertikaian pengambilalihan industri air, Menteri Besar Selangor (gambar) berkata, "kami sudah pun melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ini." MENYUSUL LAGI |
SPR: Undian pos DUN Kerdau bermula esok Posted: 02 Mar 2011 12:04 AM PST Jurucakap SPR ketika dihubungi Bernama berkata seramai 54 orang pengundi pos terdiri daripada 15 anggota polis dan 39 petugas SPR akan mengundi bermula pada 3 hingga 5 petang. "Anggota polis akan mengundi di Balai Polis Kerdau manakala petugas SPR akan mengundi di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh di Temerloh esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Keputusan undi pos akan diketahui serentak selepas proses pengundian yang akan berlangsung pada 6 Mac ini. Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara BN diwakil Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim, 43. Ia diadakan ekoran kematian penyandang kerusi DUN itu Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan