Rabu, 2 Mac 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Kena tipu warga asing

Posted: 01 Mar 2011 11:04 AM PST

Wilayah

LETCHUMY menunjukkan laporan polis terhadap  dua lelaki warga asing.

LETCHUMY menunjukkan laporan polis terhadap dua lelaki warga asing.

Orang ramai dinasihat usah percaya lagak baik, dakwa susah

JOHOR BAHRU: Madu diberi, tuba yang dibalas! Budi baik seorang pengusaha dobi membenarkan dua warga asing menumpang tidur di premis niaganya sebagai tanda simpati kepada mereka yang mendakwa terkandas di bandar raya ini mengundang malang, apabila tetamu itu melarikan sebuah beg berisi barangan berharga miliknya.

Berikutan pengalaman pahit itu, pemilik LRV Dobi yang terletak di Jalan Lee Thee Ng di sini, S Letchumy, 49, tampil menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada jika menerima kehadiran orang asing yang mendakwa dalam kesusahan, supaya tidak menerima nasib malang seperti beliau. Letchumy berkata, awal bulan ini, ketika berada di premis niaganya, beliau menerima kehadiran dua lelaki terbabit yang mendakwa ditipu ejen pekerjaan yang menyuruh mereka ke Johor, sejurus tiba di Kuala Lumpur dari India.

Beliau berkata, dua lelaki terbabit kelihatan jujur dan tidak menimbulkan masalah sepanjang bermalam di kedainya, selain menyuruh beliau menyimpan pasport milik mereka di dalam laci meja pejabatnya.

"Menampil perwatakan baik, mereka merayu diberikan tempat tidur sementara, kerana mendakwa tidak mempunyai wang mencukupi bagi menyewa hotel, sebaliknya diminta orang tempatan pergi ke sini berikutan ramai orang India yang boleh diminta tolong.

"Jadi tanpa berfikir panjang, saya menumpangkan kedua-duanya kerana mereka mendakwa baru pertama kali sampai ke Johor dan sedang berusaha menghubungi ejen yang menawarkan pekerjaan," katanya yang juga seorang ejen pelancongan itu.
Letchumy berkata, pada 4 Februari lalu, beliau dan keluarganya terpaksa bergegas pulang ke Sungai Petani, Kedah, untuk menguruskan kematian bapanya hingga tertinggal barangan berharganya dalam kabinet di kedai dobi.

"Apabila menyedari tertinggal beg mengandungi komputer riba, enam cakera padat mengandungi maklumat sulit perniagaan serta deposit tunai milik beberapa pelanggan yang menyertai pakej pelancongan berjumlah RM4,800, saya menghubungi mereka supaya dapat menyimpan beg itu di tempat lebih selamat sepanjang ketiadaan saya.

"Namun, apabila kembali dari Kedah pada 8 Februari lalu, mereka sudah menghilangkan diri bersama beg berisi pelbagai barangan terbabit. Saya tidak menyangka perkara ini berlaku kerana sepanjang tiga malam menumpangkan mereka tidur di premis perniagaan saya, mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang mencurigakan," katanya.

Letchumy berkata, sebelum membenarkan kedua-duanya menumpang tidur, beliau menghubungi keluarga isteri salah seorang lelaki terbabit di India bagi mendapatkan pengesahan, selain mengambil langkah keselamatan menyimpan pasport mereka di pejabat dan hanya diberikan kepada mereka ketika keluar dari kedainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Katanya, beliau tidak menyangka kebaikannya mempercayai orang luar yang baru dikenali mengundang padah apabila dua lelaki itu bukan saja melarikan barangnya dan mengambil pasport yang disimpan dalam laci, tetapi selepas diperiksa dengan Jabatan Imigresen, mereka sebenarnya menggunakan permit palsu.

Beliau berkata, usaha menghubungi dua lelaki terbabit juga mendapati talian telefon bimbit yang digunakan mereka sudah dimatikan dan tidak menghubungi anggota keluarga di India.

"Berikutan kejadian itu, saya membuat laporan polis dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada supaya tidak terpedaya dan menjadi mangsa warga asing yang mengambil kesempatan terhadap budi baik rakyat negara ini berbekalkan pasport dan permit kerja palsu," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN Merlimau: Sekolah agama lengkap dibina

Posted: 01 Mar 2011 11:02 AM PST

Wilayah

MUHYIDDIN (dua dari kiri), Mohd Ali (tiga dari kiri) dan Roslan (tiga dari kanan) hadir majlis perjumpaan dengan pegawai Masjid As-Sujjah, DUN Merlimau.

MUHYIDDIN (dua dari kiri), Mohd Ali (tiga dari kiri) dan Roslan (tiga dari kanan) hadir majlis perjumpaan dengan pegawai Masjid As-Sujjah, DUN Merlimau.

BN sentiasa prihatin pembangunan pendidikan Islam generasi muda

MERLIMAU: Keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan sebuah sekolah agama rakyat baru di sini, membuktikan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dengan pembangunan pendidikan Islam khususnya membabitkan generasi muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata langkah itu juga selari dengan konsep 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini. "Sekolah agama rakyat baru dengan kemudahan lapan bilik darjah yang dicadangkan akan dibina di Taman Muhibah, berhampiran Masjid As-Sujjah bagi menampung keperluan penduduk dari beberapa kawasan taman perumahan di situ.

"Inilah bukti kerajaan BN mengutamakan kepentingan rakyat termasuk generasi muda bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sebaik mungkin, " katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pegawai masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Masjid As-Sujjah, di sini, petang kelmarin.

Pengumuman bagi kelulusan peruntukan bagi pembinaan sekolah agama rakyat Taman Muhibah itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berkenaan.

Muhyiddin menjelaskan, peruntukan itu sudah diputuskan lebih awal sebelum pilihan raya kecil DUN Merlimau, selepas menilai keperluan penduduk Islam di situ.
Turut hadir, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah; calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad dan pegawai dari tujuh masjid di DUN Merlimau.

Mohd Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, sehingga kini 75 peratus daripada murid sekolah rendah yang beragama Islam di negeri ini meneruskan pengajian pada waktu petang di sekolah agama rakyat.

Katanya, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat berusaha membolehkan baki 25 peratus lagi murid mendapat kemudahan itu secepat mungkin.

"Sebagai kerajaan bertanggungjawab, BN akan memastikan kemudahan sekolah agama rakyat dibina di kawasan yang belum memilikinya bagi memastikan generasi muda di situ dilengkapi pendidikan Islam sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembangkang kini ketandusan modal untuk berkempen bagi mempengaruhi pengundi di DUN Merlimau apabila sentiasa mengulangi isu lapuk sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

Katanya, kerajaan BN sebelum ini sudah banyak kali memberi penjelasan mengenai isu berkenaan menerusi pelbagai saluran dan majoriti penduduk di negeri khususnya di DUN Merlimau sudah memahaminya.

"Tak apalah, biarkan mereka terus menggunakan isu itu. Saya pun boleh memberi jawapan sama berulang-ulang. Saya rasa mereka yang membangkitkan isu ini, mungkin penceramah dari luar. Penduduk di DUN Merlimau tahu mana yang benar dan tidak benar," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan