Kosmo Online |
- 2,000 peserta dijangka sertai larian Wilayah
- PTPTN: Dakwaan pembangkang dinafi
- Menipu: Bekas eksekutif Modenas bebas
2,000 peserta dijangka sertai larian Wilayah Posted: 2,000 peserta dijangka sertai larian Wilayah03/03/2011 9:43pm KUALA LUMPUR – Seramai 2,000 orang dijangka menyertai "Larian 1Wilayah Persekutuan Menjuarai Tranformasi" pada 12 Mac ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011. Pengarah Teknikal Larian, G. Mohan berkata, larian yang dibahagikan kepada 10 kategori itu akan bermula 7.30 pagi di Dataran Merdeka dan berakhir di tempat yang sama. Beliau berkata, 10 kategori itu ialah Lelaki dan Wanita Terbuka serta Lelaki Junior Veteran masing-masing sejauh 7km; Lelaki Senior Veteran, Wanita Veteran, Lelaki dan Wanita dan Kerusi Roda Lelaki dan Wanita terbuka masing-masing sejauh 5km; dan dan Larian Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa serta dua anak sejauh 3km. Larian yang pertama kali dianjurkan Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menawarkan hadiah wang tunai, kameja-T, pingat, sijil serta cabutan bertuah, katanya kepada pemberita di sini. Mohan berkata, yuran pendaftaran RM20 dikenakan untuk kategori Lelaki dan Wanita Terbuka serta Veteran, RM10 untuk kategori Lelaki dan Perempuan Remaja, RM30 bagi kategori Larian Keluarga dan percuma bagi Kerusi Roda Lelaki dan Wanita Terbuka. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PTPTN: Dakwaan pembangkang dinafi Posted: PTPTN: Dakwaan pembangkang dinafi03/03/2011 7:59pm TEMERLOH – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi boleh menangguhkan pembayaran semula pinjaman itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, nama mereka tidak akan disenarai hitam oleh PTPTN dan mereka layak mendapat biasiswa bagi meneruskan pengajian sama ada universiti tempatan atau luar negara. "Terdapat dakwaan pembangkang dalam ceramah mereka dalam kempen di Kerdau ini yang berkata, mereka yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN tidak boleh melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. "Itu adalah satu fitnah dan pembohongan, kerajaan Barisan Nasional tidak bertindak zalim seperti mana yang didakwa oleh pembangkang sebaliknya sentiasa memberi ruang supaya mereka menjelaskan hutang itu setelah mendapat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pendidikan Kecemerlangan Pelajar Kerdau di Sekolah Kebangsaan Kuala Kerdau dekat sini hari ini. Saifuddin berkata nama peminjam hanya akan disenaraihitamkan jika mereka gagal menjelaskan pinjaman itu setelah bekerja. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Menipu: Bekas eksekutif Modenas bebas Posted: Menipu: Bekas eksekutif Modenas bebas03/03/2011 6:42pm SUNGAI PETANI – Seorang bekas eksekutif syarikat Edaran Modenas Sdn Bhd dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini daripada 24 pertuduhan menipu membabitkan pengeluaran dokumen pelepasan eksais 190 buah motosikal bernilai RM2 juta sembilan tahun lepas. Hakim Zainol Saad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Azhar Hussain, 40. Dalam penghakimannya, Zainol berkata, pihak pendakwaan mengemukakan beberapa fakta yang bercanggah dan meragukan berhubung bilangan sebenar motosikal terbabit dan kerugian yang ditanggung oleh syarikat itu dalam kes berkenaan. Katanya, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan penglibatan tertuduh dengan menyatakan tarikh dan tempat perbincangan dilakukan. Azhar didakwa menipu pegawai-pegawai di Bahagian Kawalan Kredit Edaran Modenas supaya mengeluarkan surat pelepasan eksais secara elektronik berjumlah RM2.03 juta bagi membolehkan pendaftaran 190 motosikal itu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Edaran Modenas di Kawasan Perindustrian Gurun, dekat sini, antara 9 pagi dan 5 petang 14 Mac 2002. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan