Kosmo Online - Negara |
Posted: Rawatan perubatan percumaPESARA kerajaan yang memilih skim KWSP layak mendapat skim perubatan percuma. - Gambar hiasan PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma. Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini. Ganjaran itu diberikan berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi. Keputusan kerajaan itu berkuat kuasa mulai tarikh diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) Ke-12 di sini semalam. "Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," kata Perdana Menteri. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Identiti Datuk T cetus tanda tanya Posted: Identiti Datuk T cetus tanda tanyaOleh NOR SHAFAWATI YUP KUALA LUMPUR - Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri. Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis. Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T. Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T. Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an. Ketika muncul di Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video dijalankan. Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang hadir. Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Tentera wajar jauhi politikRAJA NAZRIN menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian kepada anggota RAJD pada majlis perasmian Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan 2011 di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Pasukan Pertahanan negara perlu menjauhkan diri daripada menjadi instrumen politik kepartian atau instrumen politik individu hingga menyebabkannya melakukan perkara yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keadilan. Komander Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Senggara Perhubungan, Brigadier Jeneral Raja Nazrin Shah bertitah, pasukan itu perlu mempertahankan profesionalisme dengan tidak membenarkan penyerapan masuk anasir politik kepartian mahupun agenda sempit individu. "Kredibiliti dan integriti pasukan hendaklah sentiasa dipertahankan berlandaskan atas prinsip berkecuali, berdisiplin, adil dan saksama supaya peranan pasukan pertahanan ketika menghadapi sesuatu krisis dan situasi darurat tidak diragui malah dihormati, disanjung dan diterima tanpa sangsi serta prejudis," titah baginda. Raja Nazrin bertitah demikian semasa merasmikan Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan 2011 di Kem Wardieburn, Setapak di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan