Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Malu sampah hiasi Sg. Merab

Posted:

Malu sampah hiasi Sg. Merab

Malu sampah hiasi Sg. Merab

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my



KAJANG 22 Mac – Memalukan dan menyakitkan mata. Itulah perasaan penduduk sekitar Sungai Merab Luar di sini dengan kewujudan timbunan sampah di tepi jalan kampung berkenaan.

Keadaan itu berpunca daripada sikap orang ramai yang kurang kesedaran sivik terhadap kebersihan persekitaran sehingga mengambil mudah soal pelupusan sampah mereka.

Seorang penduduk, Wan Jamaludin Wan Malek, 45, berkata, masalah itu telah berlarutan sejak enam tahun lalu apabila pihak berkuasa tidak lagi meletakkan tong sampah di situ.

Katanya, lebih memburukkan keadaan ialah apabila semakin ramai yang bertindak membuang sampah di situ, dipercayai kerana terikut-ikut dengan sikap segelintir masyarakat.

"Mereka ini bertindak demikian mungkin kerana sudah biasa membuang sampah di situ dan mengetahui bahawa pihak berkuasa akan mengutip sampah berkenaan setiap hari," katanya ketika ditemui di sini.

Wan Jamaludin berkata, memang pihak berkuasa akan mengutip sampah di situ pada awal pagi tetapi menjelang senja, tempat itu sudah penuh kembali dengan sampah.

"Keadaan ini sangat memalukan memandangkan jalan ini merupakan laluan utama orang ramai termasuk orang kenamaan untuk ke Institut Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Perguruan Islam yang terletak berhampiran," katanya.

Ujarnya, orang ramai yang melalui jalan tersebut pasti akan mempunyai tanggapan serong terhadap penduduk di situ apabila melihat keadaan sampah di tepi jalan itu.

Seorang lagi penduduk, Hassan Abd. Rahman, 72, meminta agar orang ramai tidak lagi membuang sampah di situ kerana itu bukan kawasan pelupusan sampah.

Di samping itu, dia meminta pihak berkuasa, khususnya Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) memainkan peranannya dengan menyediakan kemudahan tong sampah atau kawasan pembuangan sampah yang lain.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, kerana ia bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya penyakit, malah turut mencemarkan kawasan ini," katanya.

Hafizah Hasni, 43, pula berkata, pihak berkuasa harus memantau perkara itu dengan lebih rapi bagi menghukum anggota masyarakat yang membuang sampah di situ dengan harapan langkah itu akan mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab.

Katanya, pihak berkuasa perlu bersikap tegas supaya masalah itu dapat diatasi sepenuhnya dan tidak lagi mengganggu penduduk sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan tuduh kami berbohong - Batin Malam

Posted:

Jangan tuduh kami berbohong - Batin Malam

Jangan tuduh kami berbohong - Batin Malam

SHAH ALAM 22 Mac - Penghulu Orang Asli Mukim Tanjung 12, Batin Malam Gerchang berang dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang menyifatkan laporan akhbar ini tentang pencerobohan tanah milik mereka sebagai satu pembohongan.

Menurutnya, dia juga hairan mengapa Shuhaimi yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) begitu 'ghairah' memberikan jawapan balas mengenai status kawasan seluas 7,243 hektar di mukim tersebut.

"Apabila menyatakan laporan Utusan Malaysia berbohong, maka sebenarnya mereka mengatakan Orang Asli yang berbohong kerana laporan itu dibuat berdasarkan luahan hati kami.

"Selama ini tidak pernah ada pihak yang menuduh kami berbohong tetapi saya jadi panas hati apabila 'budak muda' dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menuduh Orang Asli berbohong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Batin Malam mengulas dakwaan Shuhaimi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia yang menyifatkan akhbar ini berbohong dalam laporannya 19 Mac lalu mengenai tanah Orang Asli di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut, Kerajaan PKR Selangor didakwa sedang 'memunggah' hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Ia merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau bagi kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Sebahagian tanah yang didakwa Orang Asli itu melibatkan aktiviti perlombongan pasir secara besar-besaran oleh KSSB di Olak Lempik.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mencabar masyarakat Orang Asli membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi menentukan sama ada kawasan berkenaan milik mereka atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Batin Malam berkata, pihaknya mahu kerajaan negeri membuktikan semua kampung Orang Asli di Mukim Tanjung 12 sudah diwartakan dan mempunyai garis sempadan seperti yang disebut oleh Shuhaimi dalam kenyataannya sebelum ini.

"Buat masa sekarang semua bukti yang kami ada tentang status tanah Orang Asli hanya akan didedahkan sekiranya ia dibawa ke mahkamah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas

Posted:

Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas

Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas


Pasukan Media Selangor muncul juara keseluruhan dalam perlawanan persahabatan futsal antara media Selangor dan Syabas di Taman Sukan Lasak Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM 22 Mac - Pasukan Futsal Media Selangor berjaya menewaskan pasukan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Taman Sukan Lasak di sini baru-baru ini.

Perlawanan itu melibatkan tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan campuran.

Dalam perlawanan pertama yang melibatkan kategori lelaki, pasukan Syabas berjaya menewaskan pasukan Media Selangor dengan jaringan 5-2.

Namun, Media Selangor bangkit pada perlawanan kedua apabila pasukan wanitanya berjaya menundukkan pasukan Syabas dengan jaringan 1-0.

Kebangkitan Media Selangor berterusan apabila mereka berjaya menewaskan pasukan campuran Syabas melalui sepakan penalti dengan jaringan 6-5 selepas permainan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Kemenangan kedua itu membolehkan pasukan Media Selangor muncul pemenang keseluruhan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halim Mat Som berkata, pihaknya berharap hubungan media dan Syabas akan terus akrab melalui penyertaan sukan yang dianjurkan.

"Untuk itu, kami merancang untuk mengadakan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti sihat bersama pihak media," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan