Kosmo Online - Negara |
Peniaga P. Pinang naikkan harga Posted: Peniaga P. Pinang naikkan hargaOleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM KENAIKAN harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran turut menyumbang kepada peningkatan harga makanan di negara ini. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran. Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh. Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini. Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan. Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini. "Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Tuanku mizan naik kapal selam
KOTA KINABALU - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam. Seri Paduka yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman semasa kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi. "Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam. "Dalam konteks kapal selam ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa kedua-dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi pada tahap optimum," katanya selepas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda di sini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Rumah lesap dicuri penyewaOleh FAIZAL NAZARUDDIN ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang di Kampung Bakau, Kangar baru-baru ini. KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu 'lesap' dipercayai dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini. Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua tingkat itu 'lesap'. Dia yang tinggal di Perak kemudian balik ke Kampung Bakau pada Jumaat lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada. Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang, cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas. Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti sejuk. "Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya selain tidak membayar sewa," katanya yang kemudian membuat laporan polis. Zuria memberitahu, rumah pusaka tersebut berusia lebih 60 tahun dan selama ini dijaga oleh rakannya, Rosni Putih, 57, bagi mengutip sewa RM100 sebulan daripada sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan