Rabu, 9 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa

Posted:

Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa

Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa


BUKU A Doctor In The House: Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mendapat sambutan para peminat buku di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.

Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.

Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.

"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penculik terperangkap

Posted:

Penculik terperangkap

Penculik terperangkap


Tun Hisan menunjukkan kenderaan yang mempunyai logo K9 yang dirampas daripada kumpulan penculik di Klang semalam.


KLANG - Lima penculik termasuk empat lelaki warga Nepal berputih mata apabila mereka diberkas polis sebelum sempat menggadai 10 ketul jongkong emas berharga RM1.44 juta yang diterima sebagai tebusan satu kes culik.

Sebelum ditahan pada pukul 1 pagi semalam, suspek-suspek yang berusia 30-an itu telah menculik seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti yang terletak di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu.

Difahamkan, kesemua suspek diketuai seorang pramugara warga tempatan itu menyamar sebagai polis selain menggunakan alat renjatan elektrik untuk menakutkan mangsa yang berusia 62 tahun sebelum membawa lari lelaki itu menaiki kereta Proton Iswara.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu juga tidak berani membantu mangsa kerana penculik turut mengugut untuk mencederakan mereka menggunakan alat renjatan elektrik tersebut.

Kesemua suspek itu kemudian membawa mangsa ke satu lokasi yang dirahsiakan dan dikurung selama dua hari.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia niaga perlu buat adaptasi

Posted:

Belia niaga perlu buat adaptasi

Belia niaga perlu buat adaptasi


NAJIB (kiri) bersalaman dengan peserta Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia-PNS di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Warga belia yang melibatkan diri dalam perniagaan harus bersedia melakukan adaptasi dan perubahan yang sesuai dengan perkembangan semasa sekiranya ingin berjaya dalam dunia perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia niaga harus bijak menilai dan melihat apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik perniagaan mereka memandangkan skop perniagaan amat luas.

"Bila sebut mengenai perniagaan, jangan terima sesuatu tanpa melihat bagaimana kita boleh melaksanakannya, sesuaikan dengan masa kini dan akan datang.

"Lakukan program adaptasi, di mana program adaptasi ini mengingatkan kita untuk melakukan perubahan dan perubahan ini boleh memberi keuntungan kepada perniagaan kita," katanya ketika berucap melancarkan program Francais Usahawan Muda 1Malaysia-Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini semalam.

Mengambil contoh dua peruncit di Kerdau yang kini semakin berjaya selepas mengikuti projek tranformasi kedai runcit (Tukar) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Najib berkata, ia menunjukkan jika peniaga berani melakukan adaptasi dan berubah, mereka akan lebih berjaya dalam sektor perniagaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan