Kosmo Online - Negara |
- Mati muda akibat obes
- Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik
- Rakyat dititah jadi pengguna bijak
Posted: Mati muda akibat obesOleh NOR SHAFAWATI YUP KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan mayat Ang Kok Fei semalam. KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau. Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula. Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan. Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama. Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik Posted: Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistikOleh FAUZI MOHD. KUALA TERENGGANU - Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) akan mengadakan pertemuan dengan penganjur pameran mistik, Dynasty Event Sdn. Bhd. pada 14 Mac ini bagi menyelesaikan kontroversi berhubung pameran yang bakal diadakan pada bulan depan. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Ismail berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada mufti negeri mengenai perbincangan yang akan diadakan dengan penganjur itu. "Kita akan mengadakan perbincangan dengan penganjur pameran itu pada Isnin depan bagi meneliti pengisian program yang akan diadakan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Tadarus al-Quran Terengganu FM di sini semalam. Shaikh Harun berkata, secara sepintas lalu apa yang hendak dipamerkan itu ada sebahagiannya tidak bercanggah dengan agama. "Jadi yang bercanggah atau perkara itu yang secara jelasnya tidak ada salah tetapi kalau kita tengok dia akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, kita tidak akan benarkan. "Saya akan tapis mana perkara yang boleh dipamer atau perkara yang tidak boleh," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Rakyat dititah jadi pengguna bijak Posted: Rakyat dititah jadi pengguna bijakOleh JUNHAIRI ALYASA TUANKU MIZAN diiringi Najib dan Muhyiddin berangkat merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen ke-12 di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negara ini supaya menjadi pengguna yang bijak dan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat bagi memastikan mereka mampu mengharungi masa depan yang lebih mencabar. Sehubungan itu, baginda menyeru agar rakyat bersedia ekoran kenaikan harga bahan makanan di seluruh dunia berpunca daripada pemanasan global, bencana alam dan perubahan polisi negara pengeluar termasuk peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun. "Sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ini sememangnya di luar kawalan kerajaan. Dalam keadaan ini, beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia menghadapi fenomena ini," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen ke-12 di sini semalam. Terdahulu Seri Paduka memeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan