Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 20 Mar 2011 04:48 AM PDT TOKYO: Seorang nenek berusia 80 tahun dan cucu perempuannya berusia 16 tahun diselamatkan hari ini, selepas sembilan hari terperangkap di bawah runtuhan kediaman yang dilanda gempa bumi dan tsunami di bandar raya Ishinomaki. TV NHK yang memetik polis wilayah Miyagi berkata, kedua-dua mangsa lemah ketika ditemui tapi masih sedar. Mereka dihantar ke sebuah hospital menggunakan helikopter.
Mangsa ditemui selepas cucu perempuan terbabit menjumpai jalan keluar ke bumbung sebelum melambai ke arah helikopter penyelamat, kata pemberita NHK.
"Saya hanya sempat melihat sekilas pandang pada warga emas itu yang tertutup matanya. Kelihatannya dia masih hidup," kata jurucakap itu ketika ditanya sama ada nenek itu masih sedar atau sebaliknya. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 20 Mar 2011 03:56 AM PDT Britain, Perancis Amerika syarikat (AS) hari ini, menghujani bumi Libya dengan peluru berpandu dari udara dan laut dalam Operation Ellamy' sebagai hukuman kerana tentera Muammar Gaddafi melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan zon larangan terbang di negara itu. Pelbagai lokasi dilaporkan menjadi sasaran serangan dari kapal selam British dan kapal perang AS yang melancarkan peluru berpandu Tomahawk selain pesawat AS menggugurkan 40 bom di lapangan terbang Libya. Sasaran pengeboman itu adalah pusat arahan dan kawalan, radar dan tapak pelancaran peluru berpandu darat ke udara. Jet pejuang tentera udara Britain, Tornado GR4 turut menggempur pelbagai sasaran di Libya dengan peluru berpandu Storm Shadow yang boleh dilancarkan dari jarak 320 kilometer. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan