Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 11 Mar 2011 12:21 PM PST TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat. Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear. Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu. Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.
Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang. Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran. Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori. Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu. Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung. Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik. Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai. Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu. Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar. Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan. Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud. Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh. "Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan," katanya. Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit. Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 11 Mar 2011 11:25 AM PST KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin Roelcke, 32, menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini, malah menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya. "Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama. Malah, saya dan anak bekas menteri berkenaan pernah merancang pergi bercuti bersama. Namun, kerana masing-masing sibuk ia tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas bersama Harian Metro di sini, semalam. Keakraban terjalin antara dia dan anak bekas menteri berkenaan turut membuktikan tidak mungkin pelakon utama filem Cun itu tergamak melakukan perkara sedemikian, membelakangi rakan baiknya apatah lagi didakwa menjalin hubungan cinta dengan bapa kepada rakan baiknya sendiri. "Saya mengenali isteri bekas menteri itu dan tidak mungkin saya tergamak melakukan perkara itu kepada orang yang saya kenal. Gosip yang tersebar itu mengarut dan tidak masuk akal," katanya.
"Saya gembira sekiranya ia benar dan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan projek yang mahu dilakukan, tetapi kami tidak pernah bertemu dan kalau benar sudah tentu dia akan menghubungi saya dan berbincang mengenainya," katanya. Maya bagaimanapun tidak melenting apabila mengetahui gosip yang hangat diperkatakan itu kerana faham ia timbul disebabkan kekeliruan sesetengah pihak. "Kadang-kadang manusia ini suka membuat andaian walaupun tidak tahu kesahihan perkara sebenar. Mengambil contoh ada orang melihat perempuan lain yang wajahnya mirip saya keluar dengan mana-mana lelaki berprofil tinggi, mereka membuat andaian saya menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit. "Ada ketika andaian itu dilakukan berdasarkan sekilas pandang. Dia melihat wanita itu mempunyai mata seiras saya atau melihat dari belakang rambut dan susuk tubuh seperti saya dan mengesahkan orang yang dilihat itu saya. "Untuk membuktikan kepada orang lain dia bercerita dengan temannya dan secara tidak langsung ia menyebabkan gosip itu tersebar," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan