Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 04 Mar 2011 11:37 AM PST KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun. Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.
Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.
"Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.
Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.
|
Posted: 04 Mar 2011 11:07 AM PST KUALA LUMPUR: "Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini," kata pelakon Lisdawati selepas menang kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005. Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun.
"Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah," katanya.
"Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.
"Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. "Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan