Berita Harian: Wilayah |
Posted: 16 Mar 2011 12:26 PM PDT Wilayah KAKI judi tergamam ketika diserbu polis dan penguat kuasa MPK dalam Ops Dadu di Kuantan. KUANTAN: Seramai 20 'kaki judi' termasuk dua warga tua yang leka berjudi tergamam dan tidak sempat meloloskan diri apabila selepas premis kafe siber yang bertukar menjadi pusat perjudian, diserbu sepasukan anggota polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), malam kelmarin. Dalam serbuan dua premis berasingan di Jalan Tun Ismail dan Jalan Setali, dekat sini, hampir 21 set komputer yang sudah diubah suai untuk menarik orang ramai berjudi, dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuantan untuk pemeriksaan. Ops Dadu selama dua jam itu yang berakhir jam 11 malam, membabitkan 15 anggota dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap, Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta turut mendapat kerjasama 20 Penguat Kuasa MPK.Dalam operasi terbabit, anggota polis mengepung premis terbabit di pintu belakang bagi mengelak kaki judi terbabit melarikan diri selepas melihat kehadiran polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis. Difahamkan, ada pelanggan cuba melarikan diri melalui pintu belakang, namun gagal dan berlaku pergelutan dengan anggota polis sebelum pelanggan terbabit merayu dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi keluarga jika pecah tembelang. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (II), Superintendan Mohd Haris Daud, berkata dalam operasi terbabit, polis turut menahan dua lelaki berusia 50-an yang juga penjaga premis terbabit.
Katanya, susulan serbuan itu, polis kemungkinan akan meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Jabatan Bekalan Air (JBA) untuk memotong elektrik dan bekalan air selepas mendapati premis terbabit melanggar syarat lesen. Mohd Haris berkata, semua kaki judi berusia 25 hingga 50 tahun yang ditahan itu kemudian dibawa ke IPD Kuantan untuk mengambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit. "Kita dapati pemilik premis terbabit mengubah suai komputer itu menjadikan sebagai perjudian 'crazy' dan hanya memerlukan modal RM10 untuk mendapatkan 500 kredit sebelum memulakan perjudian. "Pelanggan yang mengumpul lebih banyak kredit selepas berjudi walaupun hanya bermodalkan RM10, layak menerima hadiah wang tunai mengikut kredit yang dikumpul. "Jika kalah, pelanggan terpaksa mengeluarkan sekali lagi modal untuk terus berjudi," katanya ketika ditemui, di sini, malam kelmarin. Katanya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 4 a (b) Akta Rumah Judi Terbuka Pindaan 1953. INFO: Ops Dadu
|
Sentral: Serpihan batu cemari Blue Lagoon Posted: 16 Mar 2011 12:23 PM PDT Wilayah PENGUNJUNG menunjukkan serpihan batu di Pantai Batu 9, Port Dickson. PORT DICKSON: Bahaya menanti pengunjung yang berkelah di Pantai Batu 9 atau lebih lebih dikenali sebagai Blue Lagoon di sini, berikutan kewujudan serpihan batu konkrit yang didakwa dibuang oleh pekerja pembinaan sejak tiga tahun lalu. Keadaan lebih bahaya ketika air pasang kerana serpihan batu itu ditenggelami air, yang sukar dilihat pengunjung sekali gus boleh menyebabkan mereka cedera jika terpijak serpihan berkenaan. Malah, kalangan peniaga kecil dan pekerja hotel berdekatan mendakwa ada pengunjung cedera menyebabkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) didesak mengambil tindakan segera membuang serpihan batu itu bagi mengelak kejadian lebih serius berlaku.Pengunjung dari Kuala Lumpur, Faiz Zaini, 20, berkata serpihan batu itu boleh mencederakan mereka yang mandi atau berjalan di tepi pantai berkenaan, jika tidak berhati-hati. "Saya bernasib baik kerana ketika datang ke sini, air baru pasang dan sempat mengetahui kedudukan serpihan batu itu. "Bagaimanapun, bagi mereka yang pertama kali datang dan tidak dimaklumkan berhubung serpihan batu konkrit itu, mungkin akan terpijak dan cedera," katanya kepada Sentral.
Penduduk tempatan, Baharuddin Osman, 41, mendakwa serpihan batu itu dibuang pekerja pembinaan yang membina gerai di kawasan berhampiran. "Mereka mengambil jalan mudah membuang sisa binaan berkenaan kerana tidak memikirkan keselamatan pengunjung di situ. "Anak saya pernah luka selepas terpijak serpihan konkrit itu ketika mandi. Jika saya ada di tepi pantai, saya akan maklumkan pengunjung supaya berhati-hati ketika mengharungi air. "MPPD perlu membuang segera sisa konkrit itu demi keselamatan pengunjung. Jika berlaku kemalangan, yang mendapat nama buruk ialah Port Dickson dan MPPD," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, ketika dihubungi memberi jaminan akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera menangani masalah itu. "Kami sentiasa mengambil berat keselamatan pengunjung pantai peranginan di sini dan akan menghantar kakitangan untuk menjalankan siasatan," katanya
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan