Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Mahkamah, polis digesa guna kuasa

Posted:

Mahkamah, polis digesa guna kuasa

Mahkamah, polis digesa guna kuasa

Oleh ASSIM HASSAN dan RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Mustaffa Hamzah (kanan) melahirkan rasa kesal terhadap Anwar Ibrahim kerana enggan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah pada sidang akhbar Gabungan NGO Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Mac – Desakan agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki 'Y' terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons, di sini hari ini.

Malah, kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil.

Menjelaskan desakan NGO-NGO itu, Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Syahril Abdul Aziz berkata, ia bukan bertujuan melangkaui kehakiman negara.

"Kami pelik kerana seakan-akan ada kekebalan pada Anwar. Mengapa susah hendak mendapatkan sampel DNA daripadanya. Kalau individu biasa rasanya tidak sesukar begitu.

"Kalau dibiarkan begini, maka akan ada ramai pesalah liwat dan rogol pada masa hadapan yang tidak akan membenarkan DNA mereka diambil bagi menyelesaikan kes. Alasannya kerana Anwar juga tidak beri," katanya.

Antara wakil NGO yang hadir ialah Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah, Naib Presiden Pertubuhan Alumni Belia 4B Malaysia, Razali Latif serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar.

Sementara itu, Pengerusi GNM, MD. Radhi Daud meminta Anwar agar tidak menyukarkan perkara yang sememangnya mudah untuk diselesaikan.

"Pepatah mengatakan berani kerana benar. Jadi Anwar tidak perlu takut kerana dia mendakwa difitnah. Berilah sampel DNA agar segala persoalan terjawab dalam waktu yang singkat.

"Usahlah berpolitik 24 jam sehari hingga hujung tahun. Ini adalah petanda yang tidak baik. Kita faham perkara termaktub dalam undang-undang dan disebabkan itu, ia tidak perlulah dipolitikkan," katanya.

Bagi Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah tindakan Anwar yang enggan berbuat demikian hanya menambah kesangsian rakyat terhadap beliau.

"Jika sebelum ini dia berpidato tentang keadilan dan menyatakan kerajaan sekarang tidak mengamalkan keadilan, maka hari ini kami warga marhaen menuntut keadilan ke atas bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Kenapa perlu takut jika beliau tidak melakukan perkara itu? Kami berhimpun bukan atas dasar kepentingan peribadi tetapi untuk 'menyekolahkan' Anwar bagi menegakkan keadilan," katanya.

Ditanya tidakkah para pemimpin NGO berkenaan gentar dengan tindakan peguam Anwar, Karpal Singh membuat permohonan agar dikenakan tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang mendesak Ketua Pembangkang itu menyerahkan DNA baru-baru ini, Arman berkata:

"Sebelum ini bukankah Anwar kononnya memperjuangkan keterbukaan, kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Apabila isu kena padanya, beliau hendak suruh tangkap pula. Apakah beliau hanya memperjuangkan retorik selama ini? Mengapa hendak dihalang kebebasan berhimpun rakyat marhaen seperti kami," soalnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan siap sedia - Anifah

Posted:

Kerajaan siap sedia - Anifah

Kerajaan siap sedia - Anifah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac - Kerajaan pada bila-bila masa sahaja akan menggerakkan misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun ekoran krisis nuklear yang semakin meruncing di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu, kerajaan sudah bersedia untuk menggerakkan operasi menyelamat dalam skala besar seperti 'Ops Piramid' melibatkan penduduk Malaysia di Mesir sebelum ini.

Katanya, negara kini hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa Jepun berhubung status risiko keracunan radiasi akibat letupan loji nuklear Fukushima sebelum operasi menyelamat dilaksanakan.

"Buat masa ini belum ada keputusan lagi tetapi kita memang sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja. Jika keadaan memerlukan, kita akan bertindak serta-merta.

"Kita sedang menunggu laporan daripada pihak berkuasa Jepun sama ada keadaan terkini berbahaya atau tidak, tetapi keracunan radiasi ini memang kerajaan pandang serius.

"Buat masa ini pihak berkuasa Jepun hanya mengeluarkan arahan larangan keluar dari rumah bagi penduduk dalam radius 30 kilometer, tetapi tiada rakyat kita yang berada dalam lingkungan 50 kilometer (dari loji itu)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini pelan kecemasan kerajaan bagi membawa keluar rakyat Malaysia dari Jepun, di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan menyifatkan krisis nuklear di negara Matahari Terbit itu sebagai paling serius sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Ia berikutan paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan setelah beberapa reaktor nuklear meletup dalam tempoh empat hari akibat gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk yang tinggal sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, supaya tidak keluar rumah dan menjimatkan elektrik.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sudah berada di Jepun bagi memantau keadaan bencana.

"Kita sentiasa memantau keadaan ini melalui MKN dan juga kerajaan Jepun bagi sebarang kemungkinan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak jejas pasaran saham - PM

Posted:

Tidak jejas pasaran saham - PM

Tidak jejas pasaran saham - PM

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan sama sekali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai contoh, Indeks Komposit (IK) pada 30 Disember tahun lalu ditutup pada paras 1518.91 mata dan telah didagangkan dalam jajaran 50 mata pada suku tahun keempat.

Pada awal Januari lalu pula, kata beliau, IK telah dibuka pada paras 1524.53 mata dan ditutup pada paras 1533.42 mata, meningkat 14.51 mata berbanding pada akhir Disember tahun lalu.

"Oleh demikian, adalah tidak benar pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lip Eng mahu kerajaan nyatakan rasional pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda sedangkan kredibiliti beliau telah tercemar kerana didapati bersalah menggunakan politik wang dan adakah nama baik Felda akan terjejas serta mengakibatkan kebimbangan pasaran saham.

Perdana Menteri berkata, pada masa kini juga, tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham.

Walaupun begitu katanya, rakan perniagaan Felda dalam dan luar negara seperti Pakistan, India, Singapura, Mesir, Perancis, China, Hong Kong, Sri Langka, Bangladesh, Afrika Selatan dan negara Asia Barat terus memberi sokongan kepada aktiviti perniagaan Felda.

"Permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa," katanya.

Perdana Menteri berkata, pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru adalah berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan rakyat.

"Pengalaman Mohd. Isa dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komoditi adalah menepati kriteria sebagai Pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan